‘Kita lawan Umno tiap-tiap hari itu buktinya’
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
tuduhan yang mengatakan bahawa Pas akan menjalinkan kerjasama politik
bersama Umno adalah tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali tidak
berpijak di bumi yang nyata.
Katanya bukti jelas menangkis dakwaan itu adalah, sehingga kini
tuduhan-tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dan Pas masih 'berperang'
dengan Umno sehingga kini.
"Saya fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan Pas akan bersama Umno ini sampai sekarang tiada bukti, ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh.
"Jadi apa yang penting bagi kita (Pas) kita tengok pada realiti...realitinya Pas tetap berlawan dengan Umno dan tidak timbul Pas hendak bersama Umno sepertimana yang didakwa.
"Saya fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan Pas akan bersama Umno ini sampai sekarang tiada bukti, ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh.
"Jadi apa yang penting bagi kita (Pas) kita tengok pada realiti...realitinya Pas tetap berlawan dengan Umno dan tidak timbul Pas hendak bersama Umno sepertimana yang didakwa.
"Jadi kita fikir pelik di antara orang buat tuduhan dengan orang yang
kena tuduh yang tuduh kononnya presiden hendak bergabung dengan Umno
tetapi berapa kali ucapan presiden nafi perkara itu, jadi kalau hendak
percaya kepada orang yang dituduh dan kita menolak kenyataan sebenar
daripada presiden jadi tidak betul sepatutnya kita menerima kenyataan
yang dituduh itu, presiden sendiri telah beberapa kali buat penafian,"
katanya kepada Sinar Online hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Apa muslihat Husam?]
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata oleh itu, Pas tidak terkesan
dengan dakwaan itu kerana perihal ini pernah terjadi sejak tahun 1999
lagi.
"Buktinya yang paling kukuhnya apakah pas bergabung dengan Umno
sekarang ? itu yang paling kukuh dakwaan satu bab buktinya, sampai
sekarang contohnya tahun 1999 Ustaz Ahmad Awang buat dakwaan itu, ketika
krisis di Perak pun ada dakwaan, selepas itu DAP buat tuduhan sebelum
muktamar, dan kini tuduhan di Selangor pula, tetapi realitinya sampai
sekarang ini Pas masih tidak bergabung dengan Umno, jadi bagi saya
itulah bukti yang paling kukuh.
"Bukti apakah tuduhan itu berlaku atau tidak, maknanya kalau kita lihat
realitinya pas masih tidak bergabung dengan Umno dan masih lawan Umno
tiap-tiap hari jadi itulah bukti bahawa apa yang dituduh tidak betul,"
katanya.
Isu gabungan antara Pas dengan Umno kembali bertiup kencang apabila
bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa baru-baru ini mendakwa Presiden
Pas mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan
kerajaan perpaduan di Selangor.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kritikan Husam terhadap Hadi terkesan pada Pas]
Katanya presiden Pas sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.
"Dia mengakui mengajak dua atau tiga Adun PKR untuk menyertai Pas bagi
membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno. Presiden akui jika
mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama
Umno di Selangor.
“Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa
beritahu, saya tanya balik, kenapa buat? Husam berkata demikian dalam
satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas baru-baru ini.
5 orang berkata:
Cantik bahasa yang kau gunakan,tetapi tak slah sebab kau sudah ditarbiah oleh Pas baru dengan ulamak Hadi yang mengjar gunakan bahasa kurang ajar pada manusia.elohlah dengan gelaran nama kau Pakkarmu.sesuai dengan wajah kau.teruskan guna bahasa kesat.
Ulamak bisu:
Jawab "tidak" - berdosa masuk neraka.
Jawab "ye" - takut penyokong lari ke Amanah.
Susah jugak nak buat keputusan. Tapi kalau betul2 ulamak, tentu dia akan takutkan dosa berbanding takut kehilangan penyokong.
buat apa mempermasalahkan perkataan
jangan jadikan perkataan sebagai dendam
tapi aku yakin presiden pas lagi bapak segala bangsat. sampai hari ni membatukan diri tak berani bersuara. kena heart attack kot bila husam pecah lubang. kihkihkih
Post a Comment