Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GIANT ADA PENGAWAL KESELAMATAN ? MEREKA APA BUAT ?

Giant kesal kes anjing dalam troli
0
Giant kesal kes anjing dalam troli
Seorang petugas mensertu troli selepas kejadian pelanggan membawa masuk haiwan.
 
SHAH ALAM - Pengurusan pasar raya Giant Malaysia memandang serius tindakan segelintir individu  membawa haiwan peliharaan menggunakan troli untuk kemudahan pelanggan pasar raya mereka yang telah menjadi isu sensitif dalam kalangan umat Islam negara ini. 
 
Dalam satu kenyataan, Giant Malaysia memberitahu polisi mengenai larangan membawa haiwan peliharaan telah dipamerkan di semua premis mereka.

Susulan insiden yang berlaku di Giant cawangan Cheras Batu 9, beberapa hari lalu, pihak Giant telah mengambil langkah segera mensertu troli mereka dengan bantuan daripada pihak masjid berhampiran.

Menurut kenyataan itu, Giant Malaysia juga akan menjalankan siasatan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kami memandang pelanggaran Prosedur Standard untuk tidak membenarkan haiwan peliharaan dibawa masuk ke premis perniagaan sebagai satu perbuatan serius," katanya kenyataan itu.

Jelasnya, siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan akan diambil untuk memastikan kejadian ini tidak akan berulang pada masa depan.

“Untuk terus memberikan pelanggan pengalaman yang baik di cawangan kami, Giant akan memasang papan tanda di kesemua cawangan kami. Segala kesulitan yang berlaku amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

Tindakan pantas pihak Giant mensertu troli milik mereka mendapat respons yang baik dengan mendapat ratusan like dan turut dikongsi oleh pengguna Facebook yang lain.

Minggu lalu, tersebar gambar seorang pelanggan membawa anjing menggunakan troli pasaraya itu di media sosial.

Tindakan pelanggan tersebut mendapat kecaman ramai pihak kerana tidak sensitif terhadap pengunjung lain terutamanya yang beragama Islam.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.