PDRM nafi militan IS sasar lokasi tertentu di ibu kota
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan yang
tersebar melalui laman sosial yang mendakwa kumpulan militan IS telah
menetapkan beberapa lokasi di ibu kota untuk melancarkan serangan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan
melalui laman Twitternya berkata, semua pihak diminta hentikan membuat
spekulasi berhubung keadaan keselamatan bandaraya atau negara yang
boleh merunsingkan rakyat di negara ini.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa
menyifatkan penyebaran berita palsu itu adalah bertujuan untuk
menakutkan masyarakat.
“Setakat ini tiada laporan Cawangan Khas PDRM mengenai ancaman serangan
itu, saya menyeru orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan yang
tidak dapat dipastikan kesahihan, sebaliknya menghubungi pihak polis,”
katanya hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi wujud senarai lokasi serangan militan IS]
Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan, meningkatkan rondaan dan kawalan di tempat tumpuan orang ramai.
“Anggota kita mencukupi untuk melakukan rondaan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.
Berita mengenai ancaman serangan pengganas disebarkan oleh pihak
tertentu melalui WhatsApp dengan menyenaraikan beberapa lokasi seperti
KLCC, stesen kereta api, pusat membeli belah, restoran makanan segera
dan pengangkutan awam sebagai tumpuan serangan itu.
0 orang berkata:
Post a Comment