Tidak mustahil letupan boleh berlaku dalam negara
SHAH ALAM - Insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia yang dikaitkan
dengan pengganas IS tidak mustahil boleh berlaku di negara kita, kata
bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Bagi mengelakkan berlakunya kejadian serupa, Musa
menyarankan agar pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mengambil tindakan segera dengan meningkatkan kawalan di dalam
negara.
“Bagi saya, kejadian letupan itu amat serius. Mereka (polis) perlu gigih bagi mendapatkan maklumat-maklumat supaya kejadian di Jakarta tidak berlaku di dalam negara.
“Risikan dan maklumat yang lebih baik itu amat penting. Polis perlu
mengenal pasti kumpulan-kumpulan yang mampu mendatangkan kemudaratan,”
katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan
polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan awam negara ini
termasuk di sempadan susulan kejadian letupan bom dan tembakan yang
menyebabkan tujuh kematian di luar Sarinah Mall itu.
Pihak berkuasa Indonesia pula tidak menolak kemungkinan insiden itu
didalangi kumpulan IS berdasarkan corak serangan yang meniru insiden di
Paris, tahun lalu.
Musa berkata, penting bagi negara mengelakkan kejadian ini berlaku
bukan atas faktor keselamatan semata-mata, tetapi juga untuk menepis
pandangan negatif negara luar terhadap Malaysia.
"Saya merasakan jika kita tidak membendung penglibatan rakyat Malaysia
dengan kegiatan keganasan antarabangsa, mereka akan menganggap kita
menyokong kumpulan ini. Oleh itu, pasukan keselamatan perlu menyekat
penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan tersebut.
“Orang ramai pula tidak boleh mengeluh jika polis tingkatkan
keselamatan seperti sekatan di jalan raya. Ia akan mengambil masa yang
panjang bagi memastikan negara kita bebas daripada aktiviti dan serangan
pengganas,” katanya.
Mengulas rangkaian kumpulan pengganas IS yang berpangkalan di Syria dan
berhubung dengan ahlinya di Nusantara melalui rangkaian media sosial,
Musa berkata, itulah pentingnya maklumat dan risikan yang diperlukan
oleh polis.
“Komunikasi mereka perlu dipantau. Kita mempunyai rangkaian maklumat
yang begitu tinggi. Maklumat awal penting untuk mengelakkan sebarang
kejadian tidak diingini dari berlaku,” katanya.
1 orang berkata:
hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
tommy hilfiger
nike outlet store
michael kors canada
ray ban outlet
ugg boots on sale
kate spade uk outlet
beats by dre
nike mercurial
ugg outlet store
true religion uk outlet
hollister clothing store
ugg boots
prada sneakers
polo ralph lauren
fitflops outlet sale
mm0119
Post a Comment