Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAWA BEKAL KE SEKOLAH ? KEPEJABAT JUGA LA

Ibu bapa perlu berjimat berdepan kenaikan harga
0
Datuk Nadzim Johan
 
SHAH ALAM - Ibu bapa disarankan mendidik anak-anak berjimat cermat bagi membolehkan mereka mengurus kewangan ketika berdepan kenaikan harga barangan termasuk makanan dan minuman di kantin sekolah. 
 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,  salah satu langkah berjimat cermat adalah membawa bekal ke sekolah sekaligus ia dapat mengurangkan pengaliran wang keluar.

“Perkara ini harus dididik sejak anak-anak masih kecil supaya ia dapat dipraktikkan bila mereka berada di bangku sekolah dan juga dewasa kelak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selain pendidikan ibu bapa di rumah, menurutnya, pihak sekolah juga harus memantau harga makanan dan minuman yang dijual di kantin agar harga dikawal.

“Jika harga makanan dan minuman yang dijual mahal, ia membebankan pelajar miskin khususnya dan sekaligus memaksa mereka mengikat perut.

“Justeru itu, pihak sekolah harus mempunyai rekod pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kewangan serta menubuhkan tabung bagi membantu golongan berkenaan.

“Kita tidak mahu pelajar-pelajar ini terganggu proses pembelajaran mereka hingga memaksa mereka mengikat perut ekoran tiada duit untuk berbelanja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, perkara ini berlaku berikutan agensi pelaksana yang bertanggungjawab dalam mengawal kenaikan harga barangan tidak melaksanakan tugas dengan sebaiknya. “Mereka lebih banyak bermesyuarat daripada bertugas dan memantau perkara ini.

“Agensi pelaksana harus bertindak berhubung isu ini, jika ada aduan bertindak segera...jangan sampai ia membebankan rakyat,” katanya.

Katanya lagi, peranan berhubung isu ini melibatkan semua pihak termasuk kementerian, sekolah, ibu bapa dan juga pelajar.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.