Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT PERLU BERSEDIA TANAM UBI UNTUK BAHAN MAKANAN

Rakyat diutamakan dalam pengubahsuaian Bajet 2016
0
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,  pengubahsuaian  Bajet 2016 akan menitikberatkan kepentingan rakyat kerana perkara itulah yang diutamakan dalam pentadbiran kerajaan sekarang. 
 
Menerusi status terbaharu di Facebooknya hari ini, Najib berkata, untuk itu pada petang ini beliau akan  mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Fiskal Negara, iaitu kesinambungan kepada sesi-sesi mesyuarat sebelum ini.

"Perbincangan yang berlangsung memainkan peranan penting dalam usaha kita memuktamadkan pengubahsuaian kepada ‪#‎Bajet2016, dan setiap perkara yang dibangkitkan akan diteliti dengan halus bagi memastikan kepentingan rakyat diletakkan sebagai yang paling utama," katanya.


Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Najib yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini.

Beliau berkata, memandangkan harga minyak mentah terus turun, mencecah AS$29 setong hari ini dan menjejaskan mata wang tempatan, kerajaan akan mengumumkan anggaran baru purata harga minyak yang akan menjadi dasar bajet negara.

Kerajaan juga akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar bagi tahun ini yang tidak akan berkompromi dengan mekanisme penyampaian kerajaan dan memastikan projek pro-pertumbuhan diteruskan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.