Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

agaknya pasal nak bertaranum je

Batal program tilawah: NGO protes depan pejabat PM
Batal program tilawah: NGO protes depan pejabat PM
NGO yang berhimpun depan pejabat PM, di Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

PUTRAJAYA - Kira-kira 40 ahli NGO Persatuan Qari, Qariah Negeri Kelantan hari ini mengadakan himpunan aman di hadapan Jabatan Perdana Menteri bagi misi menyelamatkan program-program berasaskan al-Quran di Malaysia.

Lengkap berpakaian serba hitam, Pengerusi NGO tersebut, Che Norddin Che Hussin berkata, mereka hadir ‎bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan kerana didakwa membatalkan pertandingan tilawah al-Quran peringkat sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan pembatalan program Sijil Tinggi Taranum al-Quran tahun ini.

‎"Pembatalan tilawah al-Quran akan menyebabkan hilanglah semangat al-Quran di sekolah, dan akan menghilangkan motivasi mengaji di sekolah.

‎"Kami trauma dengan peristiwa yang berlaku dahulu, apabila kerajaan pada masa itu membatalkan pelajaran Jawi dalam kurikulum sekolah di Malaysia, apabila dibatalkan akhirnya masyarakat Malaysia Islam buta jawi.

"Akhirnya akan bawa impak yang besar iaitu buta al-Quran, itu yang berlaku, jadi kalau program al-Quran dibatalkan kami takut perkara yang sama akan berlaku dan ini sangat merugikan umat Islam di Malaysia," katanya kepada media di pekarangan pejabat Perdana Menteri,di sini, hari ini.

Terdahulu, Che Norddin menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada pegawai khas Perdana Menteri, Nik Hussein Nik Ali.

Katanya, penyerahan memorandum itu berlangsung dengan baik dan besar harapannya agar kerajaan memperincikan mengenai perkara tersebut.

"Mohon tidak diulangi kesilapan lalu, saya rasa dengan sentuhan yang sedikit sahaja iaitu kerajaan perlukan hanya RM7 juta utuk selamatkan imej al-Quran.

"Kita harap kerajaan dapat menyalurkan dana  kepada Jakim ‎sebelum terlewat... kerajaan perlu aktifkan semula program ini.

"Dan besarlah harapan kami, agar kerajaan mengumumkan bahawa program itu diteruskan pada malam ini, bersempena dengan Majlis Penutup Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan di Putrajaya malam ini," katanya.

Terdahulu, kedua-dua program itu didakwa dibatalkan kerana kekurangan dana daripada ker‎ajaan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

hrp adakan semula prgram tu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.