Dun tergantung: Pas berpeluang tubuh kerajaan baharu
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa tidak melepaskan peluang untuk membentuk kerajaan negeri baharu apabila jumlah kerusi Dun Terengganu antara BN dan pembangkang sama banyak pada masa ini.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, pimpinan Pas Terengganu perlu menyatakan pendirian dengan segera untuk mengelakkan Dun Terengganu terus tergantung.
"Kita merayu kepada pimpinan Pas Terengganu untuk memainkan peranan dalam memastikan kerajaan negeri baharu dibentuk.
"Pas Terengganu perlu bersama seorang Adun PKR dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bertindak sama ada buat keputusan (bentuk kerajaan) atau bubarkan Dun Terengganu," katanya pada sidang media di lobi bangunan Parlimen, di sini ini.
Beliau mengulas keadaan Dun Terengganu tergantung apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menarik balik peruntukan kawasan Dun Kijal daripada Ahmad pada Ahad lepas.
Peruntukan Dun Kijal kini diuruskan pejabat Menteri Besar, sekaligus memperlihatkan layanan yang diterima Ahmad kini sama seperti di kawasan pembangkang di negeri itu.
Ahmad Razif berkata, penarikan itu susulan tindakan Ahmad yang tidak mencerminkan statusnya sebagai wakil rakyat kerajaan baru-baru ini.
Pada 8 Mac lepas, Ahmad yang juga bekas Menteri Besar mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada persidangan Dun namun, ia ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Datuk Mohd Zubir Embong.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah pula mencabar Abdul Hadi menasihatkan kerajaan negeri itu membubarkan Dun Terengganu demi kepentingan rakyat.
"Razif telah melantik Pas (Abdul Hadi) sebagai penasihat Terengganu sebelum ini. Jadi di mana pendirian penasihat ini? Terus menasihat atau mestikah beliau mengambil satu keputusan untuk menghilangkan kerisauan rakyat," ujarnya.
Sementara itu Adun Bandar, Azan Ismail yang dihubungi Sinar Harian berkata, apabila seorang wakil rakyat mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, secara otomatik kedudukan sebagai wakil kerajaan negeri tergugur.
Katanya keadaan itu sekaligus tidak memberi kelebihan kepada BN apabila Ahmad kini dianggap sebagai wakil rakyat pembangkang menjadikan jumlah kerusi berkurang satu kepada 16 kerusi dalam Dun Terengganu.
"Walaupun Ahmad Said belum keluar BN, keadaan kerusi Dun Terengganu sudah jadi 16 BN dan 16 pembangkang. Bila Dun tergantung, pentadbiran tak boleh dibuat, tak boleh meluluskan bajet, cara terbaik ialah dengan membubarkan Dun.
"Dalam keadaan tergantung ini, kita tak mahu kerajaan buat keputusan yang menyalahi undang-undang. Dengan cara bubarkan Dun, biar rakyat buat pilihan baharu," katanya lagi.
11 orang berkata:
pan tak laku dah...dok diam2 jer la...
PAN rasa malu sebab dia ingat ramai lah org naknikut keluar pAS ikut masuk PAN.. rupa2nya hanya G18 atau sekitar 50 org shj.. sejuta lebih ahli PAS yg lain mahu TGHH kekal..
Sejuta ahli Pas jd kuda tunggangan 79 ahli sosialis Ikatan. Memalukan.. kah kah kah
Walaun2 dan ulamak2 hamPAS ni angkuh perasan kuat tp menggelabah dgr nama Amanah yg baru 6 bln.
Hanya pabila kuda tunggangannya lumpuh barulah DAP mudah dijinakkan.. saya x tuduh dan x sebut pun nama mana2 parti yea.. cuma yg disyaki ialah parti yg x de perlembagaan.. tgk, masih tak sebut pun nama parti..
Selain dari itu pula mana ada org yg amanah langgar sumpah baiah dan harta wakaf.. kalau org yg PAN mungkin..
Ulamak2 hamPAS penjual agama, penggadai bini.
Ajaran Islam berlandaskn Al Quran dan Hadis Nabi bkn pada perlembagaan parti ajaran sesat.
Yg x de agama kita panggil free thinker atau atheis..
Yg x de perlembagaan kita panggil ajaran sesat..
Sakan anon 4:45 meroyan yer...habis tu PAS nk buat hukum HUDUD kamu sokong x??tu hukum ALLAH dan ada dlm AL-QURAN...
Perlembagaan parti hamPAS ada termaktub dlm rukun iman dan rukun Islam tak?
Kalo tkde, confirm parti ajaran sesat. kui kui kui
Hukum hudud Allah aku sokong bkn hudud Pas. Hudud Pas utk kepentingan politik parti lebai menjual agama.
Pas jd kuda tunggang sosialis Ikatan utk dpt undi. PASIK setuju hudud tk sesuai di Msia.
Inilah maksud Amanat Hadi, politik suku agama suku jatuh kafir. Skrg Hadi dan walaun2 dia jilat kahak mrk sendiri. Mempermainkan hukum Allah dan Islam utk habuan dunia.
Post a Comment