Peserta jerit suruh Mukhriz buka baju!
SHAH ALAM - Riuh rendah Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah
Alam (SACC), di sini, hari ini apabila peserta himpunan tertutup itu
menjerit dan mendesak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir membuka dan menukar baju merah yang dipakai pemimpin itu ketika
memberi ucapan dalam program itu.
Mukhriz hari ini tampil berbaju merah Umno di pentas Kongres Rakyat 2016 ketika program sudah pun bermula.
Mukhriz ketika memberi ucapan mengaku sengaja mengenakan baju uniform berlambangkan Umno untuk ke Kongres Rakyat 2016.
"Buka, buka (baju), tukar (baju)," laung peserta kongres yang hadir pada himpunan tertutup di SACC hari ini.
Menurutnya, bukan mudah untuk meninggalkan parti yang selama ini menjadi asas perjuangan dalam membela nasib rakyat khusus di negeri Jelapang Padi itu selama ini.
Bagaimanapun jelasnya, berdirinya beliau di sini kerana tidak mahu lagi amalan rasuah berlaku dalam negara.
"Saya tahu bukan saya seorang sahaja ahli Umno dalam ini (dewan), saya percaya ada ahli Umno berada dalam ini walaupun tidak pakai baju Umno seperti saya ini," kata Mukhriz ketika berucap pada himpunan hari ini.

2 orang berkata:
Nama Kongres Rakyat, tapi marah Mukhriz pakai baju lambang umno! Ahli umno bukan rakyat ke? Dah tu penganjur dan pengerak utama seperti Mahathir,Zaid, Mahyuddin semua ahli umno totok. Kalau dari awal lagi sudah tak sebulu, jangan haraplah dapat tumbangkan Najib.
XUMNO.. Kita tunggu je lah.. masing2 punya taktik.. kita dgn taktik kita.. biar mereka termasuk mahfuz dan husam dgn taktik mereka..
Harap kita masih x lupa taktik kita menyingkirkan G18 dulu.. mmg cukup gemilang...
Post a Comment