Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HIMPUNAN 100 RIBU ?


Polis belum terima notis lengkap himpunan Ahad ini
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima notis lengkap dari penganjur berhubung himpunan yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu depan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sudah berulang kali diberitahu jika hendak buat himpunan perlu patuhi Akta Perhimpunan Aman.

Menurutnya, jika tidak patuhi, tindakan akan diambil.

Mengulas sama ada penganjur sudah menyerahkan notis atau belum, Khalid berkata, setakat ini dimaklumkan, pihaknya masih belum menerima notis lengkap dari penganjur.

Selain itu, beliau turut mengulas tentang himpunan yang diadakan secara tertutup Ahad ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.


"Kita tetap akan pantau apa yang disebut dalam himpunan itu. Jika menjurus kepada menghasut, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Trim & Fit' PDRM sempena hari polis ke-209, di Maktab PDRM, Cheras, hari ini.

Sebelum ini, Parti Amanah Negara (Amanah) merancang untuk mengadakan sebuah perhimpunan di ibu kota yang mana peserta akan berkumpul di pekarangan  pusat beli belah Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Dijangkakan sebanyak 100 ribu orang akan menyertai perhimpunan ini yang bermula 2 petang sehingga 5 petang, dengan kehadiran beberapa bekas pemimpin antaranya bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.