Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISHH, YE KE ? AMANAH ITU DAP, DAN DAP ITU AMANAH ?

PAS TIDAK KENA MENGENA DENGAN AMANAH DAN DAP, BOLEH BELAH ! - Pak Karamu


Hudud Pas bukan di tangan Amanah, DAP
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud menerusi pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak ditentukan oleh undi Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masa depan Pas hanya ditentukan oleh satu undi rakyat Malaysia yang masih menyokong perjuangan parti Islam itu.

"Dia (Amanah) satu undi sahaja, masih berjuta-juta undi lagi, dia tak setuju, banyak lagi yang boleh bersetuju," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, semalam.

Beliau mengulas gesaan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad pada Sabtu lepas yang menuntut Pas berhenti mempolitikkan hukum hudud dan memohon maaf kerana pendirian Pas yang mengelirukan.

Perkara itu timbul selepas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendakwa Pas mencapai persetujuan bersama bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Pendirian terbaru itu timbul selepas Pas dan Ikatan menubuhkan blok pembangkang baharu pada Rabu lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Abdul Hadi juga menegaskan hubungan Pas dan PKR di Selangor masih kekal seperti biasa khsusnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita masih dalam gabungan kita sendiri (dengan PKR). Terpulang kepada pihak lain untuk terima konsep kita atau tidak.

"(Pas) Selangor masih lagi dalam kerajaan," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata lagi, Pas-Ikatan tidak akan bertanding dengan Pakatan Harapan dalam kawasan sama pada PRU14 akan datang.

Ini kerana tegasnya blok pembangkang baharu itu tiada kaitan kerjasama politik dengam DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.

"Kita bersendiri, takkan duduk dengan Pakatan Harapan, kita masih dalam gabungan kita sendiri, terpulang kepada mereka sama ada nak terima konsep  kita atau tidak," katanya.

Ditanya tentang Pas-Ikatan mampu memberi saingan kepada Pakatan Harapan, Abdul Hadi bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk menilai perkara itu.
"Kita tunggu dan lihat, terlalu awal untuk saya jelaskan," katanya lagi.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Ularmak putarbelit suka maki hamun org.

Hamba Allah said...

Hahahaha...anjing dap sedang mengganas..dap dh byr gaji gamaknya ni

Unknown said...

Pembetulan.. bukan hamun orang.. hamun barua..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.