Kongres Rakyat: Hadi belum maklum tindakan disiplin
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan
bahawa beliau belum dimaklumkan tentang tindakan disiplin yang akan
dikenakan terhadap pemimpinnya yang berucap dalam Kongres Rakyat pada
Ahad lepas.'
"Saya tidak dimaklumkan lagi (pemimpin Pas terlibat dalam Kongres
Rakyat)," katanya dengan ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari
ini.
Beliau mengulas tindakan Adun Salor, Husam Musa dan Ahli Parlimen Pokok
Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengambil bahagian dan menjadi pembahas
dalam Kongres Rakyat 2016 pada Ahad lalu.
Kongres Rakyat merupakan rentetan daripada Deklarasi Rakyat yang
dicetuskan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
menyelamatkan Malaysia dengan menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak
daripada kepimpinan utama negara.
Abdul Hadi sebelum ini menegaskan, Pas tidak terlibat dengan sebarang
usaha untuk mendesak Najib meletakan jawatan perdana menteri, melainkan
menerusi pilihan raya akan datang.
4 orang berkata:
"Saya tidak dimaklumkan lagi (pemimpin Pas terlibat dalam Kongres Rakyat)," katanya dengan ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Membohong lagi ulamak kaki ponteng hamPAS nih. Mcm ni punya pemimpin pun ada walaun tolol yg taksub.
Lebih baik dr taksub dap banglo murah tak ada kolam hanya utk lge sekejab tahu harga pasaran sekejab tak tahu n mat sabut yg hanyut kehulu kehilir cari pengaruh
kongres rakyat dah kantoi pun.
Ulamak su' akhir zaman peralatkan Islam dan hudud utk kepentingan diri sendiri. Walaun2 ikut bersubahat sekali menipu ahli2 parti.
Post a Comment