Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAPOR POLISPULAK UNTUK RAFIZI

CEO PMB lapor polis terhadap Rafizi, Nowz
CEO PMB lapor polis terhadap Rafizi, Nowz
Nazim (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara Berhad (PMB), Nazim Rahman membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now) yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas dan berunsur fitnah.

Menurutnya, laporan ini dibuat berikutan nama beliau yang digunakan berhubung transaksi hartanah Mara di Australia tahun lalu.


“Mereka sering menggunakan taktik 'memetik nama' yang anggap ada nilai berita tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak yang difitnah...yang penting bagi adalah kelangsungan politik peribadi.


“Apabila dia (Rafizi) mengitar semula tuduhan dan terbaru membangkitkan tuduhan yang sama dalam ucapan di parlimen, saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 4.30 petang, hari ini.


Beliau berkata, ini dilihat seperti Rafizi tidak berpuas hati dan terpaksa mengulangi fitnahnya.

Katanya, beliau sebagai anggota kerja Pelaburan Mara Berhad (PMB), tidak pernah terlibat dalam apa-apa keputusan yang dibuat di syarikat Mara Inc Sdn Bhd.


Tambahnya, PMB dan Mara Inc adalah syarikat yang berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah yang tersendiri. Selain itu, Mara Inc juga bukan anak syarikat PMB yang membolehkannya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat.


“Jadi, kenyataan Rafizi yang terus mengaitkan saya dan cuba memberi gambaran bahawa saya mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat berkenaan serta berada dalam konflik berkepentingan dalam kedudukan saya sebagai anggota kerja Mara adalah fitnah semata-mata,” katanya.


Nazim berkata, diharap supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengambil tindakan susulan kenyataan yang jelas berunsur fitnah dan telah menjatuhkan maruah dan reputasinya.

2 orang berkata:

Unknown said...

Agak2 rafizi nak tak report pasal ada org beli bungalow pada harga rendah dari pasaran di utara tanahair.?

Anonymous said...

eloklah la tu....buat report cepat klu ia fitnah. semoga si fizi sedar diri.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.