Berjalan dengan pembangkang timbul persoalan
Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan bersama
pemimpin pembangkang antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas sesi
pembukaan Dewan Rakyat, semalam.
SHAH ALAM – Foto Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berjalan seiringan dengan kumpulan Pakatan menuju Dewan Rakyat di
Parlimen, Kuala Lumpur pagi semalam dilaporkan menjadi viral.
Difahamkan, gambar tersebut diambil selepas tamat perbarisan di Parlimen lebih kurang jam 10.30 pagi.
Gambar tersebut dipetik menerusi laporan portal www.suara.tv.com, semalam.
Menurut laporan itu, situasi itu tidak menggambarkan kenyataan
Muhyiddin yang sebelum ini ingin menyelamatkan parti keramat Melayu itu.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilihat berjalan seiringan
bersama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali; Ahli Parlimen Bagan,
Lim Guan Eng; serta beberapa ahli parlimen pembangkang lain.
Bagaimanapun menurut pendapat penganalisis politik Universiti Selangor
(Unisel), Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, perbuatan Muhyiddin yang
berjalan beriringan bersama pembangkang tidak perlu diperbesarkan.
Ini kerana menurutnya, adalah menjadi perkara biasa bagi ahli Parlimen
pembangkang dan kerajaan untuk duduk semeja selepas tamat ‘perbalahan’
panjang dalam Dewan Rakyat.
“Saya pernah terserempak dengan dua ahli Parlimen pembangkang dan
kerajaan yang boleh minum dan boleh ketawa bersama-sama di luar
Parlimen. Itu normal, bukan perkara luar biasa.
“Saya rasa Muhyiddin hanya ingin menunjukkan kematangan berpolitik.
Muhyiddin melakukan perkara yang betul,” katanya ketika dihubungi Sinar
Online.
Menurut beliau lagi, tingkah laku dan tindak tanduk Muhyiddin hanya
boleh dipersoal sekiranya pemimpin Umno itu muncul dan bercakap dalam
majlis pembangkang.
“Kalau beliau bercakap dalam program pembangkang, yang itu pelik. Kalau
beliau hanya berjalan bersama, itu dikira biasa sahaja,” katanya lagi.
3 orang berkata:
Vinhomes Gardenia
Biệt thự Vinhomes The Botanica
Vinhomes The Arcadia
Nhà liền kề Vinhomes Botanica
Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG
KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D
Apa yang dilakukan oleh Muhyiddin adalah perkara biasa dan berlaku kepada sesiapa saja. Adakah logik, Muhyddin nak berbual mesra dengan MP umno yang dalam beberapa bulan ini menghentam, mencaci dan mencemuh dia setiap hari??? Hanya mereka yang tak ada harga diri dan tak bermaruah akan buat2 muka tak malu bergelak ketawa dengan orang2 yang terang2 benci dan meluat dengannya. Cuma Muhyddin tidak patut tunggu lama keluar umno.
Post a Comment