Mengapa Pas pilih Ikatan yang tiada kerusi?
SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim
menyifatkan pemilihan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai
rakan komponen oleh Pas untuk membentuk blok politik ketiga menimbulkan
tanda tanya.
Hal ini kerana parti politik baharu itu langsung tidak mempunyai kerusi di Parlimen.
“Pas mempunyai 21kerusi (di Parlimen). Setelah berpecah, Pas tinggal 13
kerusi. Umno ada 88 kerusi, BN menguasai 134 kerusi. Untuk memerintah
parti-parti politik hanya perlukan 112 kerusi.
“Kewajaran Pas berpakat dengan parti yang tidak ada kerusi Parlimen
menimbulkan tanda tanya,” katanya dalam status yang dimuat naik di
Facebook, hari ini.
Semalam, Pas mengumumkan Ikatan sebagai rakan komponennya dalam
pembentukan blok politik ketiga di negara ini selepas BN dan Pakatan
Harapan.
Namun pembentukan blok politik ketiga itu disifatkan pemerhati politik
bukan gabungan yang kukuh untuk menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan
Harapan.
4 orang berkata:
Sesat sungguh ahli2 Pas nih.
Pas pun tau dia x blh perintah tp sekurang kurangnya dpt membantu betulkan kepincangan dlm pentadbiran.yg umno khasnya shahidan dan kaum yg sependapat dgnnya kalut pasai apa Pas berpakat dgn ikatan.Biar la Pas dgn cara tersendiri utk menghadapi pilihanraya dan tidak lari dr prinsip perjuangannya.
Anonymous 2.50.....masuk tahi nih...
Terbaik tu tn Ghozali..
Post a Comment