Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

o,o,o,o,o , ini macam ka !


Menteri dakwa miliki dokumen S&P Taman Manggis
Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa beliau memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Beliau mendakwa dua dokumen itu menyatakan bagaimana tanah tersebut yang kini dimiliki sebuah syarikat swasta iaitu Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta.

"Kedua-dua S&P ini ada dalam tangan saya, yang diberikan oleh orang-orang tertentu dan dalam percubaan untuk menjual tanah ini, dua perjanjian S&P ini begitu terperinci sekali.

"Siap ada semuanya di sini yang telah menyatakan penjual meminta harga RM20 juta maknanya dia beli RM11 juta dia nak jual RM20 juta," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.‎

Katanya, dua dokumen tersebut adalah baharu dan beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

Abdul Rahman berkata, berdasarkan kandungan dokumen itu, ia jelas menunjukkan bahawa KLIDC yang membeli tanah itu daripada kerajaan negeri tidak berminat untuk membangunkannya.

"Saya serahkan kepada SPRM dan pihak yang memberikan dokumen ini kepada saya kalau diperlukan untuk ditemu ramah, sudah tentu mereka juga perlu dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.

Menjelas lanjut, Abdul Rahman berkata dokumen itu turut menyatakan mengenai satu pembayaran membabitkan RM17 juta yang perlu dibayar kepada empat syarikat.

Menurutnya, tanah di Taman Manggis itu seluas 4.937 ekar (1.99 hektar) diperuntukkan untuk pembinaan PPRT yang mana sebanyak 2.872 ekar (1.162 hektar) telah dibangunkan untuk projek itu, manakala selebihnya sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek sama bagi fasa kedua.

Bagaimanapun, tanah selebihnya itu kemudiannya telah dijual kepada KLIDC yang pada awalnya bercadang untuk membina sebuah rawatan swasta sahaja namun ditukar kepada pembinaan pusat rawatan swasta berserta lot komersial.

Persidangan dewan bersambung hari ini. - Bernama

2 orang berkata:

77777 said...


saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau



KLIK DISINI 4d 5d 6d





Anonymous said...

Admin...cer jgn.luluskan iklan.benda haram.nie... menyesakkan.sahaja..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.