Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG TUA SELALU TERPERANGKAP ?

Deklarasi Rakyat bawa Mahathir ke perangkap DAP
Annuar Musa
Annuar Musa

KOTA BHARU - Umno menyifatkan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamed hanyalah tindakan yang membawa bekas Perdana Menteri itu ke dalam perangkap DAP.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan bekas pemimpin tertinggi parti itu jelas sekali melanggar prinsip parti yang selama ini tegas untuk tidak bersama dengan mana-mana parti lawan.

"Apa yang Mahathir buat, kita tidak boleh terima. Apa jua tindakan yang tidak betul, kita wajib tolak. Musuh Umno tetap Pas dan DAP.

"Umno tak serupa dengan Pas, DAP, PKR dan Amanah (Parti Amanah Negara). Kita adalah sebuah parti perjuangan yang mengutamakan sikap bersatu," katanya ketika Himpunan Deklarasi Umno Kelantan, yang berlangsung di perkarangan Bangunan Umno Negeri di sini, hari ini.

Himpunan berkenaan turut disertai 3,000 ahli dari seluruh bahagian negeri termasuk pimpinan di setiap daerah masing-masing.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, apa jua permasalahan yang ditimbulkan bekas pemimpin itu sejak akhir-akhir ini bukanlah perkara baharu.

"Kita kena terima hakikat bahawa dalam parti ada pelbagai bentuk ujian. Ujian inilah yang akan menguatkan lagi semangat kita.

"Jangan terlalu emosi dan terbawa-bawa. Masalah yang datang dari seorang sahaja, bukan benda baharu dan bukan kali pertama. Sejak tahun 70an lagi, pelakonnya adalah orang yang sama," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

anuar ni pun bukannya bersih sangat rekod politiknya...cakap blh la.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.