Kerjasama PAS-Ikatan peluang baik untuk rakyat
- Butiran
- Diterbitkan: 25 Mac 2016
- Ditulis oleh NUR HASMIRA MOHAMAD dan SUFI NAZ
PERKEMBANGAN yang tercipta dalam
perjuangan PAS sekarang sehingga membawa kepada penubuhan blok politik
ketiga dan termeterainya kerjasama politik antara PAS dan Parti Ikatan
Bangsa Malaysia (Ikatan)sememangnya cukup baik untuk rakyat.
PAS selaku parti Islam sentiasa terbuka
untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak ke arah kebaikan, dengan syarat
pihak-pihak terbabit menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan Islam
sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini.
Bagaimana pandangan Majlis Syura Ulama
berhubung perkara ini. Wartawan Harakah, NUR HASMIRA MOHAMAD dan SUFI
NAZ berusaha mendapatkan pandangan Mursyidul Am PAS yang juga Ketua
Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr Haron Din berhubung perkara ini.
Ikuti temubual yang diadakan di rumah beliau di Bangi, Selangor pada 17 Mac lalu. Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH.
HARAKAH: Apakah kerjasama antara PAS dan parti Ikatan adalah atas kehendak Majlis Syura?
DATO’ DR HARON DIN: Apa
yang diuar-uarkan dalam media perdana bahawasanya PAS akan mengadakan
satu blok baru pakatan pembangkang yang akhirnya telah menjadi realiti
pada 16 Mac lalu. PAS dengan parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) telah
bersetuju untuk mengadakan satu blok yang diistilahkan sebagai blok
pembangkang.
Hal ini tidaklah menjadi sesuatu yang
dikatakan ganjil kerana bagi parti politik mana pun dari awal lagi kita
faham bahawa Umno telah mengadakan pakatan kepartiannya yang namanya
Barisan Nasional (BN) yang mengandungi begitu banyak parti.
PAS sewaktu ketika dulu pernah masuk
dalam pakatan dengan pihak Umno dan BN. Kita telah terkeluar, lepas itu
kita masuk balik dalam pakatan yang kita panggil Pakatan Rakyat (PR)
dengan parti KeADILan (PKR) dan DAP.
Pakatan itu tidak lagi teraksi dan
mempunyai hala tuju yang berlainan dan akhirnya menjadi kenyataan
setelah kita yang keluar daripada pakatan itu maka tidaklah ini suatu
perkara yang pelik dan menghairankan.
Kalau PAS berjaya memulakan suatu
permuafakatan politik, peluang politik baru dengan mengadakan suatu
persetujuan dengan parti Ikatan sebagai suatu blok baru pembangkang.
Ini berlaku dalam politik adalah perkara
yang agak lumrah, kalau kita cakap dalam Bahasa Melayu lama, nak tahu
bagaimana baiknya seseorang itu, kita perlu tanya kawannya. Nak tanya
buruknya seseorang itu perlu tanya musuhnya.
Adakah penubuhan blok baru pakatan pembangkang ini memberi kesan kepada parti lain?
DAP telah menjadi musuh politik dengan
PAS. Ini bukan masa sekarang, hatta ketika kita masih bersama dengan
mereka pun kita dilihat sebagai musuh.
Komen dia yang tidak menyenangkan kita, komen presidennya yang berlebih-lebihan yang akhirnya kita faham.
Tapi sekarang ini pula dia melihatkan
kita ada sedikit gerakan baru yang boleh dibaca melalui bacaan politik
sebagai permulaan yang bukan akan terhenti dengan Ikatan sahaja, malah
dengan siapa sahaja yang boleh terima pelawaankita ataupun tajaan kita
bagi nak menubuhkan permuafakatan politik yang lebih besar, kita akan
buat.
Mungkin dilihat oleh DAP ini sesuatu
yang mungkin boleh mengancam kesatuan mereka, maka tidak hairanlah
timbul komen-komen yang negatif.
Jadi, selama-lamanya begitu. Maka saya
katakan kita sepatutnya akan melihat bahawa buat baik itu tetaplah baik
pada kita walaupun dilihat tidak baik kepada musuh kerana musuh
selama-lamanya akan melihatkan yang baik itu buruk dan yang buruk itu
bertambah-tambah buruk kalau ada keburukan. Pada pandangan saya, ini
adalah lumrah politik di Malaysia.
Apakah harapan Majlis Syura terhadap kerjasama PAS dan Ikatan?
Syura sentiasa memberi ruang dan galakan
kepada PAS Pusat, khasnya kepimpinan Tuan Guru Presiden supaya meneroka
dan melihat kepada peluang-peluang yang lebih menjanjikan kemenangan
kepada Islam. Apa sahaja ruang yang ada yang boleh kita eksploitasikan
bagi faedah Islam dan rakyat serta negara maka kita memberi laluan yang
begitu mudah.
Kita tidak menolak ukhuwah Islamiyah.
Apa keadaan pun, itu dasar Islam. Kerjasama, kita tidak menolak kerana
ia merupakan satu daripada asas maka tidak ada sebarang sebab yang tidak
membolehkan PAS bekerjasama dengan parti lain-lain yang sekarang ini
bermula dengan parti Ikatan.
Terdapat tuduhan daripada pihak
tertentu yang mengatakan Dato’ sebagai lebih memihak kepada Umno,
tambah-tambah lagi dengan perlantikan Dato’ sebagai ketua kluster dakwah
Majlis Perundingan Islam (MPI), apa komen Dato’ tentang dakwaan
tersebut?
Dakwaan, kadang-kadang tuduhan, boleh
berlaku dalam politik ini pada bila-bila masa. Dengan tidak membuat
apaapa pun boleh mendatangkan dakwaan yang negatif.
Membuat sesuatu pada PAS khasnya di atas
garis panduan yang telah ada pada kita iaitu asasnya kita nak
melaksanakan tuntutan Allah kepada manusia sebagai hamba dan khalifah
untuk memartabatkan agamanya.
Apa saja ruang yang boleh kita gunakan
untuk tujuan memartabatkan agama yang tidak berlawanan dengan kehendak
syarak sebab PAS berpegangan dengan prinsip tersebut, PAS akan terus
meneroka, terus memberi bantuan dan sokongan walaupun dilihat ataupun
dibaca oleh orangorang yang tidak sehaluan dengan kita ini dengan bacaan
semuanya negatif.
Kalau Nabi Muhammad s.a.w. berjuang yang
benar pun dikatakan gila, dikatakan sihir. Kalau alQuran yang begitu
jelas mukjizat yang dicabar manusia dikatakan bukanmukjizat, malah
disuruh ciptakan satu surah daripada al-Quran pun tidak boleh namun
masih juga mereka tuduh al-Quran itu ialah buku cerita dongeng.
Dihujahkan balik bagaimana datangnya
cerita dongeng, Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun tidak boleh menulis dan
membaca maka ada alasan, ceritacerita dongeng yang dia suruh orang
tolong tulis untuk dia.
Sampai begitu jelas pun mereka cabar
Nabi supaya membelah bulan di langit satu perkara yang pada akal manusia
adalah perkara mustahil, tapi apa yang mereka cabar itu dengan mukjizat
Nabi kita telah berjaya membelah bulan.
Tapi itu pun dikatakan oleh orang kafir
sebagai sihir yang sungguh melampau berlaku. Al-Quran merakamkan, mereka
minta Nabi belah bulan, Nabi pun belah bulan dan bila berlaku kejadian
belah bulan, mereka kata ini tidak lain ialah sihir yang
sambungmenyambung.
Kalau begitu jelas benda baik yang tidak
langsung boleh dikatakan sebagai sihir kerana kalau sihir tidak mungkin
boleh berlaku bulan di langit terbelah dua.
Atas sebab itulah yang saya katakan tadi
itu, di atas pandangan yang tidak wajar dan tidak elok saya sebagai
Mursyidul Am PAS memegang jawatan sebagai Pengerusi Kluster Dakwah
walaupun dakwah itu sebenarnya sangat sinonim dengan perjuangan kita.
Kalau itu kita lihat boleh sebagai benda
yang berlaku dalam sejarah, apalah sangat saya berada di bawah seorang
Perdana Menteri Islam yang saya pegang sebagai kluster dakwah yang
selama ini itulah yang telah diperjuangkan oleh kita.
Pada saya, tidaklah kisah sangat dengan
komen yang ada itu, tetapi saya katakan kalau azam itu baik dan perkara
itu nampak berfaedah serta berguna kepada Islam maka bertawakal dan
serahlah dan buatlah dengan demi mendapat keredaan Allah Taala.
Kesan penubuhan blok baru
pembangkang bersama parti Ikatan menyebabkan ada segelintir berpandangan
PAS mula dilihat membelakangkan hukum hudud yang selama ini
diperjuangkan oleh PAS. Apa pandangan Dato’?
Muzik musuh, bermaksud musuh Islam ada
di zaman Adam lagi sampailah hari kiamat. Musuh ini dia akan hanya
melihat keburukan itu yang didahulukan. Macam nawaitu itu pun sudah
tidak baik.
Bagi kita dalam perjuangan politik ini
kita letak daripada mula lagi iaitu meletakkan Islam itu adalah dasar
perjuangan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah yang selama ini kita
pegang. Dalam kontek itu, hudud itu satu daripada perjuangan PAS. Kita
nak membina ummah dan negara dengan meletakkan asas nak bawa ke mana
negara ini?
Rakyat Malaysia yang sebegini ramai,
kita nak bawa ke mana kalau kita sebagai seorang pemimpin. Nak kata
negara yang berkhidmat kepada Islam pun tidak, berkhidmat kepada bangsa
Melayu pun tidak, kepada kebaikan orang Melayu pun tidak.
Akhirnya, kita bawa kepada perpecahan
dan kemusnahan yang sedang di ambang pintu kita sekarang ini. Okey, PAS
tidak pernah berubah. Kita telah banyak bercakap apa pun, bercakap
agenda bangsa. Kita ada agenda Islam, ekonomi Islam, pendidikan Islam
dan hudud ini adalah salah satu yang daripada awal kempen pilihan raya
pertama lagi kita dah sebut dah nak laksanakan hudud.
6 orang berkata:
PASIK munafik penjual agama menipu ahli dan orang meLAYU.
Soalajn.adakah kerjasama antara pas dengan ikatan atas kehendak majlis suyura? jawapan yang beri terlalu panjang dan jawapan untuk solan tersebut langsung tak kena,haron lupa solan ke? sudahlaaaaaaaaaaaa
Kerjasama Pas dan Ikatan untuk kebaiakn rakyat.wi nak muntah ni.
Kan TGHD kata tak pelik ..zaman Rasulullah pun org boleh dakwa gila.. inikan plk zaman sekarang.. malah tak pelik lah juga jika ada org yg mendewa2kan pemimpin kafir lebih dari ulamak sendiri hatta UAA sendiri..
Iklan no.togel lebih panjang dari komen2 politik.....kesimpulan nya blog ni keutamaan nya ialah mengajak orang buat maksiat (tikam ekor) ....Blog parti islam konon......
vibram fivefingers
nike air zoom
nike dunks
yeezy boost 350
lacoste online shop
yeezy boost 350
pandora jewelry
reebok outlet
true religion outlet
michael kors outlet online
Post a Comment