Kerajaan tunggu lampu hijau Mozambique, Afrika Selatan
KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menunggu persetujuan daripada kerajaan
Mozambique dan Afrika Selatan untuk memulakan pencarian pesawat MH370 di
perairan kedua-dua negara itu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Liow Tiong Lai.
Beliau berkata pihak Mozambique dan Afrika Selatan dijangka memberi
respons dalam masa seminggu atau dua minggu lagi kerana mereka perlu
membuat perancangan teliti untuk menubuhkan sebuah pasukan khusus untuk
pencarian pesawat MH370.
"Kita tunggu dulu...kita (kerajaan) telah pun menghantar pasukan ke
Mozambique untuk membincangkan mengenai misi pencarian MH370 kerana
Malaysia tidak mempunyai kedutaan di sana.
Misi pencarian MH370 di perairan Mozambique dan Afrika Selatan adalah
mencabar dan sukar berikutan kedalaman dan keluasan lautannya," katanya
ketika ditemui pemberita di bangunan MCA di sini, hari ini.
Minggu lepas, Liow mengesahkan dua lagi serpihan yang dijumpai di
Mozambique dan juga di Afrika Selatan pada 28 Mac lepas, berkemungkinan
besar milik pesawat itu memandangkan kedua-duanya sama dengan panel
sebuah pesawat Boeing 777.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang
daripada pengesanan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke
Beijing pada 8 Mac 2014.
Pada masa ini, usaha mencari pesawat itu tertumpu di selatan Lautan Hindi.
Tiong Lai berkata China telah pun menghantar sebuah kapal bernama Dong
Hai Jiu 101 ke pelabuhan Fremantle, Australia untuk mencari 'towfish
SLH-ProSAS-60' yang hilang di lautan.
Pencarian peralatan sonar 'towfish SLH-ProSAS-60' itu akan melambatkan
misi pencarian MH370 yang dijangkakan akan tamat selewat-lewatnya pada
bulan Jun depan, namun Malaysia, Australia dan China tetap memberi
komitmen sepenuhnya dalam meneruskan misi pencarian tersebut, katanya.
Beliau berkata apabila lebih banyak serpihan pesawat dijumpai di
sekitar perairan Mozambique, Afrika Selatan dan di selatan Lautan Hindi
maka lokasi misi pencarian MH370 berada di kawasan yang tepat seperti
yang ditetapkan sebelum ini. - Bernama
3 orang berkata:
nice and perfect
terima kasih informasinya. semoga sukses terus ya ?
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

Post a Comment