Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUAK YANG HANYA MAHU MENANG MACAM LONGKANG

Kenapa Pas tak ambil peluang daripada krisis lawan?
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi

SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak bahawa parti Islam itu bukan parti yang mengangkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan.

Beliau akui ramai yang bertanya soalan sama ketika parti lawan dan kawan sedang menghadapi krisis.

“Mengapa Pas tidak mengambil peluang? Perlu difahami bahawa politik perlu kepada perhitungan yang amat teliti dan mendalam.

"Kepada ahli dan penyokong setia Pas, saya tegaskan bahawa politik yang berlandaskan Islam wajib berakhlak bagi mencapai kemenangan, bersama hikmah yang ada hidayah kerana politik kita ada perhitungan dosa dan pahala.

“Matlamatnya pula tidak menghalalkan cara dan bukan untuk berlumba menjadi pemimpin semata-mata atau memikul amanah menjadi peluang untuk mengambil kesempatan bagi diri dan kroni tetapi amanah menyelamatkan umat dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau turut memberi perumpamaan,  nelayan yang bijak walaupun miskin, tidak menangguk di air keruh di mana ikannya bercampur belut, ular dan buaya yang membahayakan diri dan merosakkan jala bahkan boleh menenggelamkan perahu.

“Keadaan yang begini lebih baik menangguk di air jernih yang nampak manfaat dan dilihat mudaratnya, walaupun bersusah payah kerana pukat kita belum kukuh.

“Keadaannya boleh merosakkan pukat, memutuskan tali pancing dan kita masih berperahu yang boleh ditenggelamkan dengan mudah kalau dibedal buaya atau dipatuk ular,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak semua pihak memilih politik yang jernih dan matang bukannya menangguk di air keruh yang mengelirukan dan menyusahkan semua.

“Pas bukannya parti yang sifatnya angkut penyokong dan pengundi tanpa perhitungan. Makan diri kawan untuk naik. Angkut ahli sehingga menyusahkan diri. Nak cari setiap peluang tanpa perhitungan. Angkara dicipta sehingga menyusahkan rakyat. Hentam melulu tanpa tujuan yang betul

“Kepada pihak yang lain saya tegaskan, bahawa kita adalah parti Islam yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah bersama dakwah dan Siasah Syariah, berkepimpinan ulama dan ilmuwan yang wajib beriman dan budiman,” katanya.

6 orang berkata:

Unknown said...

Terbaiklah TGHH yg amat kami kasihi.. macam inilah ciri2 pemimpin yg aku idam2kan.. Syukur Alhamdulillah..

Anonymous said...

bodoh dah sampai ke kaki. kalau pihak yang mahu menang dikatakan macam longkang .bagaimana pulapihak yang bertanding tetapi mahu kalah .itu macam bau apa? bau tong taik ke? kau ni sama je dengan peminpin ualamk kau.dah mencium kentut Najis.

Anonymous said...

Terimakasih atas komen tuan. Yg bau wangi tu hanya tuan, bakal PM akan datang.

Anonymous said...

Yg habis keluar caci maki nista semua tu berakhlak sangat ke? Label melabel sesama ahli parti berakhlak ke? Keputusan keluar dari mulut hadi berdolak dalik tu berakhlak ke? Presiden ikatan tolak hudud tu bukan ular buaya ke?

Tanya jer.. jgn marah.

Unknown said...

Tak marah.. label melabel mana salahnya.. sbg contoh jika seseorang itu jurukimpal kita kena labelkan dia jurukimpal bukan jurubahasa..

Begitulah juga jika seseorg itu BARUA kita kena labelkan dia BARUA bukan amanah..

Jelaskan jer..jgn marah.

Anonymous said...

4.11pm
An anon serlah politik matang ajaran ularmak beliau.. kahkahkah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.