Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBELUM BERLAKU KEBURUKAN, TIADA BULI DIMANA-MANA SEKOLAH

Jabatan Pendidikan Selangor diarah ambil tindakan
Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diarah mengambil tindakan lanjut susulan siasatan polis mendapati tiadanya unsur buli dalam insiden seorang murid Tahun Dua mendakwa dipaksa memotong lidahnya pada 24 Mac lepas.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada memanggil guru besar dan ibu bapa murid itu.

"...kita fikir ada orang yang buli murid, sebab itu kita nak ambil tindakan. Tetapi, sekarang (kita dimaklumkan) dia buat (potong lidahnya) sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sekolah Bebas Dadah Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat bahawa siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan gunting tajam itu yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.

Sehubungan itu, katanya, kes itu dianggap selesai kerana murid berkenaan bukannya dibuli sebaliknya mengalami kecederaan itu akibat kecuaian sendiri.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengetatkan penggunaan alat tajam di sekolah, Mahdzir berkata perkara itu tidak perlu dijadikan sebagai pekeliling namun, pihak sekolah perlu sentiasa menjaga dan memantau keselamatan murid-murid.

"Sekolah kena tengok keselamatan...kenapa murid bawa gunting ke sekolah. Kalau tak perlu, kita jangan benarkan murid bawa ke sekolah," katanya.

Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid Tahun Tiga dari sekolah sama.

Akibat kejadian itu, lidah mangsa terputus sedikit di bahagian hujungnya dan terpaksa dijahit. - Bernama

3 orang berkata:

Gejala dan Penyebab Stroke Berat said...

nice and perfect

Nama Obat Pelangsing paling Ampuh hanya 1 Minggu said...

terima kasih informasinya. semoga sukses terus ya ?

Anonymous said...

Acquista ora Orologi Replica automatici di marca duplicati perfetti per il miglior prezzo sul sito Web di Perfect Watches. Spedizione in tutto il mondo disponibile.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.