Majlis Raja-Raja tidak terpengaruh gerakan Mahathir
KUANTAN - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Sharkar Shamsudin yakin
Majlis Raja-Raja tidak akan terpengaruh dengan gerakan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Mohd Sharkar berkata, ahli majlis berkenaan juga sudah semestinya
terdiri daripada mereka yang menghormati keputusan pilihan raya lalu
dengan rakyat memberi kepercayaan kepada Najib untuk memikul
tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
"Apa yang Tun M lakukan boleh dianggap sebagai the last resort (jalan
terakhir)... bersekongkol dengan pembangkang. Apa sahaja jawapan yang
kita beri pada dia, memang tak akan memuaskan hati kerana apa yang dia
mahu ialah Najib berhenti," katanya.
Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita pada majlis santai bersama pengamal media di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lalu, bahawa Najib
mungkin boleh dilucutkan jawatan jika raja-raja mendengar suara rakyat,
meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa
dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan seorang Perdana Menteri.
Mohd Sharkar yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh turut menyifatkan
gerakan menjatuhkan Najib tidak akan berjaya kerana rakyat Malaysia
dapat menilai kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dalam keadaan
ekonomi dunia yang serba mencabar.
"Rakyat kita bukan seperti di negara lain di Timur Tengah. Kita tidak
begitu emosi. Kita masih ada kemudahan asas yang selesa walaupun ada
sedikit kesusahan akibat kesan ekonomi global. Tapi kita masih
bertahan," katanya.
Ditanya sama ada MT sepatutnya menyegerakan tindakan terhadap bekas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut aktif dalam gesaan
menyingkirkan Najib, Mohd Sharkar berpandangan perkara itu tidak membawa
banyak perbezaan.
"Sama ada ambil tindakan atau tidak, mereka akan terus begitu kerana
ada agenda sendiri. Cuma kita harap bila tindakan diambil, ahli Umno
akan faham," katanya. - Bernama
3 orang berkata:
Sekurang2nya ada usaha dari pihak2 yg tak mahu bersubahat dgn KERAjaan penyamun, zalim menindas rakyat marhaen.
Bkn mcm ketua parti penjual agama yg mahu jd penasihat ketua penyamun. Duduk bersantai tanpa buat apa2 tunggu elaun MP.
KUDA tunggangan TM dan DAP nak lawan KERAjaan. Semoga berjaya..
TAKBIRR!!!
Post a Comment