Deklarasi Rakyat dilihat bersifat peribadi
SHAH ALAM - Deklarasi Rakyat yang dilancarkan oleh bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed pada 4 Mac lalu lebih bersifat peribadi
bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal berkata, desakan tersebut
adalah tidak wajar memandangkan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat
melalui hasil daripada keputusan demokrasi dalam Pilihan Raya Umum(PRU)
yang lalu.
"Sekiranya Perdana Menteri (Najib) meletakkan jawatan, siapa yang layak untuk menggantikan beliau?
"Kita(Pemuda Selangor) mengamalkan prinsip satu kapal, satu nakhoda dan
kami akan tetap menyokong pentadbiran Najib," katanya ketika dihubungi
Sinar Online.
Selain itu, Zainuri turut mengingatkan golongan belia agar tidak hanya
melihat sesuatu isu hanya pada permukaan sahaja bagi menggelakkan mereka
mendapat maklumat yang tidak tepat.
"Bila bercakap mengenai fakta, ramai yang tidak mahu dengar dan mereka
lebih memilih perkara yang tidak sahih. Tapi hakikatnya fakta ini yang
perlu kita tahu," katanya.
Dalam pada itu, Pemuda Umno Selangor turut menolak Deklarasi Rakyat dan
menyokong kepimpinan perdana menteri demi mempertahankan negara bagi
menggelakkan Malaysia menjadi kucar-kacir ekoran daripada isu ini.
Tambahnya, tindakan Mahathir boleh mengucar-ngacirkan negara dan
memberi kesan kepada keamanan seperti yang berlaku di Thailand sebelum
ini.
"Kalau hendak jatuhkan Najib, tunggulah sehingga PRU akan datang dan
Pemuda Selangor tetap akan mempertahankan institusi kepimpinan negara
ini di bawah Perdana Menteri,"katanya.
1 orang berkata:
Mader takut kedalam kalau najib n umno kalah pru.takut juga kalau segala salah laku akan terburai sudah dr pejuang bertukar jd pengkianat mana nak sorok muka kat anak cucu.sabut n the geng nak cari glamour konon buat kerja menyelamatkan negara dr rasuah.sebenarnya dua dua kapal tu nak tengelam juga sbb masalah perebutan kuasa dalaman ant parti parti yg bergabung berebut kerusi n membawa lari kerusi org.apa tdk betulnya tindakan pas utk mengapuskan umno pd pilihanraya.ianya nampak lebih mudah iaitu pilih rasuah najib atau sebaliknya.jika najib berjaya dijatuhkan sebelum pru zahid mungkin akan naik lg apa cash is king masih akan berjalan juga.barang kali mader n anaknya pula yg akan naik atau bergaduh pula dgn kump sabut krn berebut nak jd pm.cerita lain pulak akan timbul nanti kau tuduh aku aku tuduh kau.sudahnya wal hasil balik asal.kesimpulan cara yg mudah tolak rasuah pilih pas.phpun sama aje dgn umno sudah dasarnya sama.sabut pula tak berdasar tukang ekor org sj.sekian adanya.jika tak percaya tengok kes banglo tak ada kolam renang siapa yg tak ingin untung atas angin jd apa nak marahkan najib sj.kuasa kecil buat kerja cara kecil sudah kuasa mcm najib jd mcm najib la juga.hanya islam n pas yg memilih cara jujur.cara yg lebih menyelamatkan rakyat.
Post a Comment