Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO MULA MASING-MASING CARI PENGARUH DAN UNTUNG RUGI

Pemimpin seperti Tun M tidak boleh dimaafkan
Mahathir
Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama

PONTIAN - Bekas pemimpin Pergerakan Pemuda Umno bakal digerakkan di seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai isu-isu terkini, sekali gus mengulangi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Nasir Safar berkata 'gelombang deklarasi menyokong kepimpinan Najib' akan digerakkan bermula di Johor, dan seterusnya ke seluruh negara.

Nasir, yang juga Presiden Persatuan Veteran Kelab-kelab Belia (MAYC) Malaysia, akan turut turun padang bersama beberapa anggota jawatankuasa lain bagi memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa yang selama ini diputar belit sesetengah pihak.

"Satu perhimpunan besar-besaran akan kita adakan di Kuala Lumpur pada Mei bersama bukan sahaja ahli veteran MAYC malah ahli MAYC kini," katanya kepada pemberita selepas jamuan malam bersama kira-kira 200 anggota Persatuan Veteran MAYC negeri Johor di sini malam tadi.

Nasir, Ketua Pemuda Umno Johor dari 1988 sehingga 1993, berkata anggota veteran MAYC kecewa dengan perkembangan terkini terutama tindakan bekas pemimpin lama Umno yang mula bekerjasama dengan parti pembangkang.

Katanya tindakan bekas pemimpin Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersepakat dengan parti pembangkang seperti DAP tidak boleh dimaafkan.

Selain itu, satu memorandum daripada bekas pemimpin Pemuda dari 1988 sehingga 1993 akan turut diserahkan kepada perdana menteri sebagai tanda sokongan memandangkan Najib juga memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno 1987 sehingga 1993.

"Kami bersedia untuk bangkit semula membantu menyatupadukan masyarakat, selain membantu menerangkan maklumat sebenar yang sebelum ini diputar belit sesetengah pihak," katanya, sambil menyatakan sokongan padu di belakang kepimpinan presiden Umno itu.

Dianggarkan anggota veteran MAYC adalah 10,000 orang manakala anggota MAYC kira-kira 20,000 hingga 30,000 orang di seluruh negara. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Bior jer lahhh... deme dah suka ngan pentadbiran macam sekarang nie...lantak komer lahhh....

Anonymous said...

O kalau T Mahadir tak bolih di maaafkan tetapi dengan Najis kau sokong pula.Ulamak kau pakai baju sedodon lagi.Woi;;; Kau siapa? ulamk ke? malikat ke? tuhan ke? apa kata kalau TM bertubat dan insaf dengan apa yang telah dia lakukan selam ini dan jiwanya mungkin tersa berslahnya dan dia akhir hidup i dia mahu berubah.Jangan2 kau nanti yang akan jadi lebih jahat dan buruk dar TM .waliyazubillah.sedarlah Bapakkarmu .Presiden dan ulamk yang puja selama ini dah jadi apa ntah.kenyataan sekarang macam tak berfikir sebelum berkta .bawa sedarlah Karmu.lihat di sekeliling kamu .tak sedra ke?

Unknown said...

Di keliling kami masih ada 1.2 juta bersama TGHH.. di sekeliling mat sabu masih ada berapa ribu tah LGBT dan lain2..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.