Geng motor serbu pejabat Mahathir di Putrajaya
PUTRAJAYA - Hampir 40 buah geng motosikal hari ini menyerbu pejabat
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan
Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini.
Kehadiran mereka itu bagi memberi sokongan kepada program Penyerahan
Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama
Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.
Program ini dianjurkan oleh beberapa NGO, yang dipercayai NGO pro kerajaan.
Sementara itu, menurut salah seorang penunggang motosikal yang ditemui
Sinar Online hari ini menyatakan bahawa dia datang dari Gombak.
"Adalah dalam 40 buah motor bang," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Dalam pada itu, menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana menyatakan Mahathir tiada di pejabatnya.
AKAN MENYUSUL
0 orang berkata:
Post a Comment