Pemuda Umno Selangor dakwa 2 tahun ‘terbiar’
SHAH ALAM - Ketua pemuda Umno bahagian di negeri ini mendakwa sayap itu
telah ‘terbiar’ selama dua tahun oleh pimpinan atasan parti namun
mereka tetap bekerja keras demi parti.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Shah Alam, Datuk Ahmad Mua’adzam Shah
Ya’akop mengingatkan pimpinan atasan Umno agar sering menjenguk mereka
selain turut menyalurkan bantuan kepada ahli sayap itu.
“Jika sudah beri nasihat dan bantuan tapi Pemuda Umno Selangor masih
lagi tidak begitu cemerlang, bolehlah nak tegur, nak marah.
“Tapi ini dua tahun mereka buat tak tahu, tiba-tiba baru-baru ini kami
dikatakan tidak bekerja. Itu tidak adil bagi kami. Kalau lihat Facebook
ketua-ketua pemuda bahagian, semua bergerak aktif,” katanya kepada Sinar
Online.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menggesa ketiga-tiga sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri
memperkukuhkan semula parti dalam usaha merampas semula Selangor dari
Pakatan Harapan.
Beliau turut mendakwa kekalahan Umno ketika PRU13 yang lalu bukan kerana pembangkang kuat sebaliknya Umno sendiri yang lemah.
Ahmad Mua’adzam turut menyokong kenyataan Ketua Pemuda Umno Selangor,
Zuraini Zainal yang mendakwa sayap-sayap parti itu bukan tidak
menjalankan tugas demi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan
Harapan sebaliknya tiada peruntukan diberikan untuk menganjurkan
program.
“Saya kira ini sebagai ‘trigger’ kepada orang atas. Tengok-tengoklah
kami, kalau perlu beri nasihat, nasihatlah. Kalau perlu beri bantuan,
beri bantuan.
“Antara tanggungjawab yang utama sebagai pemimpin yang di atas bukan
sahaja menuju kemenangan BN di masa hadapan tapi juga tanggungjawab
untuk menyediakan pemimpin pelapis yang hebat. Bukan hanya tahu menuding
jari sahaja.
“Kita perlu ada sesi ‘one to one’. Sama-sama bincang dan bergerak,
barulah adil. Bagi saya, tidak perlu ada kegusaran bahawa pemimpin muda
hari ini nak cepat naik ke hadapan. Tidak. Kuasa nak menaikkan pun
mereka juga, jadi, apa mereka nak risau?,” katanya.
Beliau turut mendakwa telah mengeluarkan duit poket sendiri demi
memastikan program sayap itu berjalan namun beliau mengakui tidak tahu
sampai bila mampu bertahan dengan keadaan itu.
Sementara, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Fakhzan Md
Noor berkata, peruntukan itu hanya satu isu, namun beliau melihat ada
isu lebih besar yang tidak dititikberatkan oleh parti.
“Sejak 2008, sekarang ini sudah masuk penggal kedua, BN hilang kuasa di
Selangor. Kita tak nampak ada apa-apa perancangan untuk merampas
kembali Selangor. Kalau nak tawan sesebuah negeri kita mesti ada
perancangan yang jelas. Kemudian, datanglah bajet. Maknanya kena ada
perancangan itu.
“Perkara ini bersifat dalaman dan tidak perlu dibesarkan tapi apabila
media tanya, kita kena jawablah. Sebelum kita bertindak kena ada laluan
yang jelas kalau tidak, sukar. Macam menembak, kita kena tahu sasaran
kita. Kalau tidak, kita main tembak sajalah,” katanya.
Tambahnya, “kita ada personaliti yang sama sejak 2008. Dalam pengurusan
yang tertinggi, kita ada personaliti yang sama (juga) pada 2013."
"Kita kena tengok baliklah. Kalau kita nak menang tapi masih guna
strategi yang sama, tanpa kita mengubah ‘mindset’ itu, kita tidak akan
pergi ke mana-mana.”
Akui cabaran Pemuda Umno di Selangor dan Wilayah Persekutuan berbeza
dengan kawasan-kawasan lain, Mohamad Fakhzan berkata, isu-isu nasional
menjadi faktor utama yang mempengaruhi pengundi selain isu-isu setempat.
“Tapi kalau kita buat sebanyak mana program pun tapi isu nasional kita
gagal jelaskan, tidak ke manalah. Kebanyakan kawasan kalau kita teliti
ada banyak juga kawasan bersifat marginal yang kita menang majoriti
1,000...2,000 undi. Tapi apa strategi kita untuk tambah pengundi baharu?
“Untuk tujuan itu, kita perlukan dana dan perancangan. Kalau tak ada
dua-dua itu, bagaimana kita nak tambah pengundi baharu? Pada saya yang
menarik golongan muda ini adalah media sosial, polisi-polisi nasional.
Untuk menang, kita kena ada ‘blueprint’,” katanya.
1 orang berkata:
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Post a Comment