Husam: ‘Tolong doa ko ambo’
KOTA BHARU – “Tolong doa ko ambo, demo nyek (pijak) ambo sapa liang
lahad pun, tolong sedekahkan Al-Fatihah ko ambo. Tolong jaga perjuangan
ini, ini perjuangan Islam, bukan perjuangan Pas.
“Pas boleh ada dan boleh tidak ada, Islam itu atas dari Pas lagi. Ambo nok mitok maaf, ambo nok pesan, hubungan silaturahim kita tidak akan putus,”kata Adun Salor, Datuk Husam Musa semasa menyampaikan ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kubang Kerian, di sini.
Ketibaan bekas Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kubang Kerian itu pada jam 9.15 pagi di Sekolah Menengah Agama Taqaddum Maarif, Pasir Tumboh disambut laungan ‘Allahuakbar’ daripada penyokong dan hadirin yang membanjiri dewan utama sekolah tersebut.
Husam ketika menyampaikan ucapannya turut meluahkan perasaan kecil hati kerana banyak pihak telah mengisytiharkan beliau sebagai ‘bekas’ YDP, sedangkan beliau masih belum menerima surat rasmi pemecatannya dalam Pas.
“Kedudukan ambo loni, ambo kecil hati bila sewaktu dipersilakan untuk berucap tadi demo panggil ambo bekas YDP. Demo kata bekas, mano suratnya, ambo tak sampai lagi surat. Jadi ambo masih YDP lah.
“Ni bilo ambo kena pecat, pakat dok ngango (ternganga) belako, nok masuk Dun Salor. Ambo nok pesan selalu, pakat tohok (buang), tolak. Kenapa suku sakat nok mari, demo wak nyano ko ambo ni, insya-ALLAH benda ni akan balik ko demo balik,”katanya.
Husam yang menyampaikan ucapan dalam emosi sebak turut mempersoalkan apakah kesalahan yang dilakukan beliau sehingga berlaku tindakan pemecatan daripada parti Islam se-Malaysia itu.
“Jangan nyek (pijak) ore sapa setaro ni, demo nyek rapat dah, nok nyek setaro mano lagi, kenapa buat gini ko ambo, ambo nok tau gapo dosa ambo, gapo salah ambo bakpo tak boleh bincang?”katanya sambil menangis sebak.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Wan Nik Wan Yusoff dan AJK Pas kawasan Kubang Kerian.

0 orang berkata:
Post a Comment