Masih ada ruang untuk Husam merayu
Husam Musa
KOTA BHARU - Nasib yang dihadapi bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam
Musa perlu dijadikan peringatan dan pengajaran agar semua ahli menjaga
kredibiliti parti serta jemaah sebaik-baiknya.
Ketua Muslimat Pas Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sudah
tentu setiap keputusan ada pro dan kontranya sama ada mendapat respons
positif atau negatif menurut kaca mata masing-masing.
“Bagaimanapun ruang rayuan masih terbuka luas untuk Datuk Husam merayu
kepada parti dan insya-ALLAH kembali bersama parti sebagai wadah untuk
meneruskan perjuangan politik Islam di tanah air,” katanya.
Keputusan sebulat suara Jawatankuasa Tatatertib Pas yang bersidang 23
April 2016 itu berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) (d) Perlembagaan Pas
(Pindaan 2011) dan Husam dipecat daripada Pas berkuat kuasa pada tarikh
tersebut.
Menyokong keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pas itu, Siti Zailah
berkata, ia merupakan satu keputusan secara kolektif dari jawatankuasa
disiplin parti yang diketuai oleh veteran parti berpengalaman.
“Kami penuh yakin bahawa jawatankuasa dan parti yang mengambil masa
begitu lama dalam menimbangkan dengan sebaik-baiknya dan saksama
mengenai implikasi kesan siasah dan organisasi dari pelbagai dimensi.
“Yang paling penting tindakan parti ini dibuat berteraskan etika,
kebenaran dan keadilan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Sehubungan itu, Muslimat Pas Kelantan menyeru semua ahli menerima
dengan sebaiknya keputusan terbabit, bertenang dan terus istiqamah
bersama kepimpinan parti.
“Semoga ibrah dan hikmah atas segala yang berlaku akan menguntungkan jemaah dan parti di dunia dan di akhirat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Hassan Mahmood
berkata, pihaknya meletakkan kepercayaan penuh terhadap Jawatankuasa
Tatatertib parti atas apa yang diputuskan dan yakin telah diselidiki
serta dikaji secara mendalam.
1 orang berkata:
Dự án Condotel thứ 2 tại TP Nha Trang là dự án nào?
Condotel Trần Phú là dự án Condotel thứ 2 ở Nha Trang
Những ưu thế của dự án Condotel thứ 2 tại Nha Trang
Kỳ vọng tăng giá khi đầu tư Condotel Trần Phú
Dự án Condotel Nha Trang thứ 2 là dự án nào?
Kỳ vọng tăng giá khi đầu tư vào căn hộ Condotel Trần Phú
Post a Comment