Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAS !!! PERANGKAP MUNAFIK YANG PALING JIJIK

AMANAH MENGEMUKAKAN ANAK NIK AZIZ (NIK OMAR) SEBAGAI CALON ADALAH SEBAGAI SUATU MODAL YANG SANGAT LEMAH, NIATNYA CUKUP MEMBUSUK, MACAM ULUR PISANG KAT MULUT, KEMUDIAN CANGKOK BONTOT DENGAN MATA KAIL, NAMPAKNYA AMANAH SUDAH MULA MEMBUAT KEROSAKAN TERHADAP KELUARGA NIK AZIZ.

KENYATAAN SIKAP MUNAFIK YANG PALING TINGGI DIHARAPKAN TIDAK MEMBUTAKAN MATA HATI KEPIMPINAN PAS DI KELANTAN MENJADI KABUR, MEREKA PERLU MELIHAT BANYAK SEJARAH SYAITAN DAN IBLIS DIDALAM AL-QURAN TERUTAMA SEJARAH NABI ADAM DAN KELUARGA DAN SEJARAH NABI NOH BESERTA KELUARGA DAN PENGIKUTNYA - Pak Karamu



Amanah sedia tawar anak Tok Guru tanding PRU14
Nik Omar

SEMALAM, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah komited memastikan negeri ini tidak kembali jatuh ke tangan BN.  Untuk itu, Amanah serius membentuk kerjasama dengan pemerintah semasa, Pas untuk memastikan ia menjadi kenyataan. 

Namun, kesediaan parti itu mesti berlandaskan kompromi mengelak pertembungan tiga penjuru.  Amanah tidak rela melihat Pas tumpas, Umno bersorak meraikan kemenangan.  Kepada wartawan MOHD ZAILANI ABD RAHMAN dan ROSMIZA KASIM, Wan Rahim memberitahu beliau positif potensi Amanah mencipta kejutan di Kelantan pada PRU14 nanti.

Anak Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  Nik Omar dilihat terbuka dengan kehadiran Amanah.  Apa komen Datuk?

(Datuk) Husam pernah kata, dia suka kalau Ustaz Nik Omar menjadi Menteri Besar Kelantan.  Kalau tanya saya, senang sahaja jawapannya...kalau Pas keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai Adun di Panchor, bertanding PRU14 dan menjadi menteri besar, Amanah bersedia. Apa masalah, tidak ada masalah. (Kerusi Dun) Chempaka kita tidak usik, Ustaz Fathan bagus.

Kita mahu letak di Panchor bukan marah kepada Adunnya (kini disandang Datuk Mohd Amar Nik Abdullah).  Jadi, kalau Pas setuju dengan saranan Husam untuk mengambil Ustaz Nik Omar bertanding, seterusnya dicalon sebagai Menteri Besar Kelantan, kita akan sokong. Di mana dia bertanding kita sokong. Tetapi, kalau Pas tidak bersedia.  Maka,  Amanah akan membuat tawaran kepada dia.

Begitu juga, kalau Profesor Wan Ahmad Kamil ( cicit Tok Kenali) ini bertanding di Dun Demit, walaupun tiga penjuru, beliau mempunyai kelebihan.

Ada dakwaan mengatakan Amanah menggunakan taktik serang peribadi pemimpin tertentu? Apa motif Amanah?

Penghormatan saya kepada Menteri Besar, (Datuk Ahmad Yakob) dan Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) ini masih kukuh.  Saya tidak akan membuat serangan peribadi kepada mereka. Saya tidak ada agenda peribadi, saya tidak ada serangan peribadi.

Nak jawatan pun tidak, nak bertanding pilihan raya pun tidak. Saya terpanggil untuk bersama dengan Amanah dengan pengalaman yang saya ada. Amanah memerlukan saya.  Saya tidak berkecil hati dengan Pas, tetapi saya kasihan kepada Pas.

Sebab, di bawah kepimpinan Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) orang bawahan pening, termasuk di peringkat akar umbi. Orang pening dengan sikap dia, dengan ucapan dia dan dengan keputusan dia.

Datuk nampak lebih bersikap kompromi berbanding pemimpin Amanah yang lain.

Kita parti yang tidak marah-marah.  Cuma apa yang saya nampak sekarang ini, apabila saya menyertai Amanah, semua kena kerat (persaudaraan). Tokleh (tidak boleh) berkawan. Kenduri pun tidak dijemput. Dulu masa pemimpin Umno buat kesyukuran, saya dan Tok Guru pun hadir bila dijemput.

Inilah politik. (Presiden Amanah) Mohamad Sabu kerap kali cakap, jika corak ini (putus persaudaraan) diteruskan, suatu hari akan jadi macam IS (Islamic State). Orang yang tidak setuju dengan dia kena kerat.  Politik dengan pendekatan ini yang cukup bahaya.

Persoalan hari ini, sebab apa pemimpin yang ada hari ini tidak boleh ikut tunjuk ajar Tok Guru dalam berpolitik? Seorang yang lunak, budiman, hujah secara menerang jangan menyerang, terbuka, sederhana.

Tahun 1995 kita larang Tok guru ke tokong, masa itu  dekat pilihan raya. Tetapi, Tok Guru kata beliau tetap akan ke tokong, sebab orang agama dalam Islam tidak akan berbalah dengan orang agama dalam Buddha.  Itu kenyataan Tok Guru yang kita tidak boleh balas hujah beliau.

Lepas itu boleh berucap dah sampai sekarang ini. Maknanya Tok Guru telah meruntuhkan tembok pemisah di antara agama. Jadi, persoalannya sebab  apa pemimpin Pas hari ini termasuk anak-anak tidak boleh mewarisi.

Bagaimana dengan sambutan bukan Islam negeri ini terhadap Amanah?

Oleh kerana Amanah merupakan parti politik Islam tetapi inklusif, jadi kita di peringkat  nasional ada wakil yang mewakili masyarakat bukan Islam yang masuk sekali dalam mesyuarat Jawatankuasa Amanah Nasional.

Maknanya, apabila orang tengok bukan Melayu ada, bukan Islam pun ada ini satu,  trend baharu. Parti Islam tetapi tidak menyembunyikan  sampai ke  peringkat paling tinggi yang diadakan terakhir baru-baru ini pun dua-dua itu ada.

Di Kelantan kita ada orang lama gerakan,  ada Cina keturunan Siam. Naib Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu dan kita bagi galakan dan buat cawangan yang majoriti  Cina iaitu Amanah Cawangan Pusat Bandar Kota Bharu.

Orang bukan Islam dan bukan Melayu dalam Amanah ini tidak ada masalah. Apabila dia jadi ahli, dia boleh ikuti semua program kita.  Tidak ada pengasingan dalam semua program.

Contoh, ada dua pemimpin Amanah bukan Islam menyertai majlis solat hajat di Pasir Puteh, dia pun hadir dan diberi peluang berucap dan turut hadiri majlis usrah bincangkan bab agama.

Amanah tidak ada yang kita mahu rahsiakan daripada bukan Islam dan bukan Melayu, kita terbuka. Secara kasarnya sambutan bukan Islam sangat baik walaupun kita masih baharu adalah petanda amat baik.

Dalam isu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana tafsiran Amanah?

Saya tak mahu ulas panjang. Cuma...Muhyiddin ini, dia mahu (meneruskan survival politiknya) ke mana? Pas tidak minat, Umno pun tidak, Amanah lagilah parti baharu.  Atau, adakah dia mahu menubuhkan parti baharu? Ataupun macam mana? Namun, kalaulah Amanah ini boleh berperanan, boleh menarik minat dia, anda bayangkanlah (kesannya pada politik negara).

4 orang berkata:

Unknown said...

Puak amanah ni meroyan apa.

Unknown said...

PAN sangka dgn 'mengugut' cara begini akan membuatkan PAS longlai lalu akan bertolak ansur utk PAN bertanding di kelantan tanpa 3 penjuru.. aku tak termakan umpan diaorg ni... korang??

Unknown said...

Pembetulan tuan.. PAN..

Anonymous said...

tak payah cakap banyak la ....pan anak emas dap...itu je

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.