AMANAH MENGEMUKAKAN ANAK NIK AZIZ (NIK OMAR) SEBAGAI CALON ADALAH SEBAGAI SUATU MODAL YANG SANGAT LEMAH, NIATNYA CUKUP MEMBUSUK, MACAM ULUR PISANG KAT MULUT, KEMUDIAN CANGKOK BONTOT DENGAN MATA KAIL, NAMPAKNYA AMANAH SUDAH MULA MEMBUAT KEROSAKAN TERHADAP KELUARGA NIK AZIZ.
KENYATAAN SIKAP MUNAFIK YANG PALING TINGGI DIHARAPKAN TIDAK MEMBUTAKAN MATA HATI KEPIMPINAN PAS DI KELANTAN MENJADI KABUR, MEREKA PERLU MELIHAT BANYAK SEJARAH SYAITAN DAN IBLIS DIDALAM AL-QURAN TERUTAMA SEJARAH NABI ADAM DAN KELUARGA DAN SEJARAH NABI NOH BESERTA KELUARGA DAN PENGIKUTNYA - Pak Karamu
Amanah sedia tawar anak Tok Guru tanding PRU14
SEMALAM, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah)
Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah komited memastikan negeri ini
tidak kembali jatuh ke tangan BN. Untuk itu, Amanah serius membentuk
kerjasama dengan pemerintah semasa, Pas untuk memastikan ia menjadi
kenyataan.
Namun, kesediaan parti itu mesti berlandaskan kompromi mengelak
pertembungan tiga penjuru. Amanah tidak rela melihat Pas tumpas, Umno
bersorak meraikan kemenangan. Kepada wartawan MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
dan ROSMIZA KASIM, Wan Rahim memberitahu beliau positif potensi Amanah
mencipta kejutan di Kelantan pada PRU14 nanti.
Anak Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar dilihat terbuka dengan kehadiran Amanah. Apa komen Datuk?
(Datuk) Husam pernah kata, dia suka kalau Ustaz Nik Omar menjadi
Menteri Besar Kelantan. Kalau tanya saya, senang sahaja
jawapannya...kalau Pas keberatan untuk calonkan Ustaz Nik Omar sebagai
Adun di Panchor, bertanding PRU14 dan menjadi menteri besar, Amanah
bersedia. Apa masalah, tidak ada masalah. (Kerusi Dun) Chempaka kita
tidak usik, Ustaz Fathan bagus.
Kita mahu letak di Panchor bukan marah kepada Adunnya (kini disandang
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah). Jadi, kalau Pas setuju dengan saranan
Husam untuk mengambil Ustaz Nik Omar bertanding, seterusnya dicalon
sebagai Menteri Besar Kelantan, kita akan sokong. Di mana dia bertanding
kita sokong. Tetapi, kalau Pas tidak bersedia. Maka, Amanah akan
membuat tawaran kepada dia.
Begitu juga, kalau Profesor Wan Ahmad Kamil ( cicit Tok Kenali) ini
bertanding di Dun Demit, walaupun tiga penjuru, beliau mempunyai
kelebihan.
Ada dakwaan mengatakan Amanah menggunakan taktik serang peribadi pemimpin tertentu? Apa motif Amanah?
Penghormatan saya kepada Menteri Besar, (Datuk Ahmad Yakob) dan
Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) ini masih kukuh.
Saya tidak akan membuat serangan peribadi kepada mereka. Saya tidak ada
agenda peribadi, saya tidak ada serangan peribadi.
Nak jawatan pun tidak, nak bertanding pilihan raya pun tidak. Saya
terpanggil untuk bersama dengan Amanah dengan pengalaman yang saya ada.
Amanah memerlukan saya. Saya tidak berkecil hati dengan Pas, tetapi
saya kasihan kepada Pas.
Sebab, di bawah kepimpinan Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang) orang bawahan pening, termasuk di peringkat akar umbi. Orang
pening dengan sikap dia, dengan ucapan dia dan dengan keputusan dia.
Datuk nampak lebih bersikap kompromi berbanding pemimpin Amanah yang lain.
Kita parti yang tidak marah-marah. Cuma apa yang saya nampak sekarang
ini, apabila saya menyertai Amanah, semua kena kerat (persaudaraan).
Tokleh (tidak boleh) berkawan. Kenduri pun tidak dijemput. Dulu masa
pemimpin Umno buat kesyukuran, saya dan Tok Guru pun hadir bila
dijemput.
Inilah politik. (Presiden Amanah) Mohamad Sabu kerap kali cakap, jika
corak ini (putus persaudaraan) diteruskan, suatu hari akan jadi macam IS
(Islamic State). Orang yang tidak setuju dengan dia kena kerat.
Politik dengan pendekatan ini yang cukup bahaya.
Persoalan hari ini, sebab apa pemimpin yang ada hari ini tidak boleh
ikut tunjuk ajar Tok Guru dalam berpolitik? Seorang yang lunak, budiman,
hujah secara menerang jangan menyerang, terbuka, sederhana.
Tahun 1995 kita larang Tok guru ke tokong, masa itu dekat pilihan
raya. Tetapi, Tok Guru kata beliau tetap akan ke tokong, sebab orang
agama dalam Islam tidak akan berbalah dengan orang agama dalam Buddha.
Itu kenyataan Tok Guru yang kita tidak boleh balas hujah beliau.
Lepas itu boleh berucap dah sampai sekarang ini. Maknanya Tok Guru
telah meruntuhkan tembok pemisah di antara agama. Jadi, persoalannya
sebab apa pemimpin Pas hari ini termasuk anak-anak tidak boleh
mewarisi.
Bagaimana dengan sambutan bukan Islam negeri ini terhadap Amanah?
Oleh kerana Amanah merupakan parti politik Islam tetapi inklusif, jadi
kita di peringkat nasional ada wakil yang mewakili masyarakat bukan
Islam yang masuk sekali dalam mesyuarat Jawatankuasa Amanah Nasional.
Maknanya, apabila orang tengok bukan Melayu ada, bukan Islam pun ada
ini satu, trend baharu. Parti Islam tetapi tidak menyembunyikan sampai
ke peringkat paling tinggi yang diadakan terakhir baru-baru ini pun
dua-dua itu ada.
Di Kelantan kita ada orang lama gerakan, ada Cina keturunan Siam. Naib
Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu dan kita bagi galakan dan buat cawangan
yang majoriti Cina iaitu Amanah Cawangan Pusat Bandar Kota Bharu.
Orang bukan Islam dan bukan Melayu dalam Amanah ini tidak ada masalah.
Apabila dia jadi ahli, dia boleh ikuti semua program kita. Tidak ada
pengasingan dalam semua program.
Contoh, ada dua pemimpin Amanah bukan Islam menyertai majlis solat
hajat di Pasir Puteh, dia pun hadir dan diberi peluang berucap dan turut
hadiri majlis usrah bincangkan bab agama.
Amanah tidak ada yang kita mahu rahsiakan daripada bukan Islam dan
bukan Melayu, kita terbuka. Secara kasarnya sambutan bukan Islam sangat
baik walaupun kita masih baharu adalah petanda amat baik.
Dalam isu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana tafsiran Amanah?
Saya tak mahu ulas panjang. Cuma...Muhyiddin ini, dia mahu (meneruskan
survival politiknya) ke mana? Pas tidak minat, Umno pun tidak, Amanah
lagilah parti baharu. Atau, adakah dia mahu menubuhkan parti baharu?
Ataupun macam mana? Namun, kalaulah Amanah ini boleh berperanan, boleh
menarik minat dia, anda bayangkanlah (kesannya pada politik negara).
4 orang berkata:
Puak amanah ni meroyan apa.
PAN sangka dgn 'mengugut' cara begini akan membuatkan PAS longlai lalu akan bertolak ansur utk PAN bertanding di kelantan tanpa 3 penjuru.. aku tak termakan umpan diaorg ni... korang??
Pembetulan tuan.. PAN..
tak payah cakap banyak la ....pan anak emas dap...itu je
Post a Comment