DAP gesa parti komponen BN perlu nyata pendirian
KUALA LUMPUR - DAP mendesak agar MIC, MCA dan parti-parti komponen
Barisan Nasional ( BN) di Sarawak menyatakan pendirian mereka berikutan
bersetuju dengan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa
Dewan Rakyat diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang
hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau ingin mengetahui
faktor mengapa pihak terlibat mengubah pendirian mereka untuk meluluskan
usul tersebut.
"MCA, MIC dan parti-parti komponen BN Sarawak sebelum ini ada
menyatakan sekiranya usul berkenaan diluluskan maka mereka akan keluar
dari BN dan meletak jawatan.
"Saya ingin tahu sama ada mereka sedia berbuat demikian sekarang,"
katanya ketika sidang media ahli Parlimen DAP di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kedudukan dan pendirian DAP amat
jelas bahawa pihaknya tidak akan bersetuju dengan sebarang pindaan yang
bertentangan dengan perlembagaan.
Menurut Guan Eng, Umno dan Pas dilihat ada melakukan kolaborasi dan kerjasama dalam hal tersebut.
"Saya ingin tegaskan DAP bukannya anti Islam atau anti amalan syariah
tapi kami hanya nak berpegang kepada prinsip perlembagaan yang harus
dibela dan dipertahankan.
"DAP kurang setuju dengan RUU Peribadi ini kerana kami rasa ia bertentangan dengan perlembagaan," katanya.
Sebelum itu, Ketua Whip DAP, Anthony Loke turut mempersoalkan mengenai
suara majoriti yang menyokong RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan
Rakyat berkenaan.
Menerusi undian untuk diluluskan Dewan Rakyat hari ini, Anthony
mendakwa suara yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan usul berkenaan
adalah sama kuat.
2 orang berkata:
Ingat tak hari tu kes kuasa kebal raja bukank ke ia melibatkan perlembagaan juga.jika utk kebaikan apa salahnya berubah.undang undang perlembagaan tu semua dibuat oleh
manusia bkn mcm hudud mmg perlu dilaksanakan.ini kan negara demokrasi jika diingin oleh org islam yg majoriti maka ia bkn tak bleh dilaksanakan.persoalan ttg kaum lain mereka perlulah menghormati.kaum kaum lain sudah dpt lebih dr apa yg mengcukupi utk mereka.knpa nak berkira utk hukum hudud kpd org islam n melayu.sudahlah dgn politik sempit n ketakutan yg tak ketahuan nanti lebih dinampak org kamu mmg anti islam.kpd pemakan dedak dap silalah koreksi diri.
DAP kesal... PAN juga!..
Post a Comment