Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP AMAT JELAS MENENTANG RUU, APA PANDANGAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI ?


DAP gesa parti komponen BN perlu nyata pendirian
lim guan eng
Guan Eng

KUALA LUMPUR - DAP mendesak agar MIC, MCA dan parti-parti komponen Barisan Nasional ( BN) di Sarawak menyatakan pendirian mereka berikutan bersetuju dengan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau ingin mengetahui faktor mengapa pihak terlibat mengubah pendirian mereka untuk meluluskan usul tersebut.

"MCA, MIC dan parti-parti komponen BN Sarawak sebelum ini ada menyatakan sekiranya usul berkenaan diluluskan maka mereka akan keluar dari BN dan meletak jawatan.

"Saya ingin tahu sama ada mereka sedia berbuat demikian sekarang," katanya ketika sidang media ahli Parlimen DAP di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, kedudukan dan pendirian DAP amat jelas bahawa pihaknya tidak akan bersetuju dengan sebarang pindaan yang bertentangan dengan perlembagaan.

Menurut Guan Eng, Umno dan Pas dilihat ada melakukan kolaborasi dan kerjasama dalam hal tersebut.

"Saya ingin tegaskan DAP bukannya anti Islam atau anti amalan syariah tapi kami hanya nak berpegang kepada prinsip perlembagaan yang harus dibela dan dipertahankan.

"DAP kurang setuju dengan RUU Peribadi ini kerana kami rasa ia bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Sebelum itu, Ketua Whip DAP, Anthony Loke turut mempersoalkan mengenai suara majoriti yang menyokong RUU Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat berkenaan.

Menerusi undian untuk diluluskan Dewan Rakyat hari ini, Anthony mendakwa suara yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan usul berkenaan adalah sama kuat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ingat tak hari tu kes kuasa kebal raja bukank ke ia melibatkan perlembagaan juga.jika utk kebaikan apa salahnya berubah.undang undang perlembagaan tu semua dibuat oleh
manusia bkn mcm hudud mmg perlu dilaksanakan.ini kan negara demokrasi jika diingin oleh org islam yg majoriti maka ia bkn tak bleh dilaksanakan.persoalan ttg kaum lain mereka perlulah menghormati.kaum kaum lain sudah dpt lebih dr apa yg mengcukupi utk mereka.knpa nak berkira utk hukum hudud kpd org islam n melayu.sudahlah dgn politik sempit n ketakutan yg tak ketahuan nanti lebih dinampak org kamu mmg anti islam.kpd pemakan dedak dap silalah koreksi diri.

Unknown said...

DAP kesal... PAN juga!..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.