Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAAAA ! SEMALAM TEMAN DENGO GAK KAT KL , TAPIIII,... TAK NAMPAK JALAN !

Heh! Nampak gayanya, desas desus yang mengatakan Si Azmin ni Bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia semakin hangat diperkatakan dikalangan rakyat. Terutama dikedai - kedai kopi tepi jalan.

Rata - rata mereka mendakwa, pada ketika ini wujud gerakan subversif yang sedang diatur oleh Kartel Azmin bagi menyingkirkan Wan Azizah selaku Presiden bagi merealisasikan impian tersebut.

Khabar mengatakan Si Azmin ni nak jadi Perdana Menteri mula timbul apabila melihat hubungan Menteri Besar Selangor tu semakin rapat dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Maka semakin hangat Politik dalam PKR mula menjadi kucar kacir disebabkan perkara tersebut sehinggakan ada yang melihat Si Azmin tu menjadi semakin Ego sejak akhir - akhir ini.

Tak kurang juga ada yang berpendapat, tindakan Azmin memberikan watikah pencalonan kepada wakil PKR di Sarawak juga merupakan salah satu taktik yang diatur bagi memenuhi tujuan tersebut.

Kata mereka, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin tu adalah disengajakan supaya semua orang dapat melihat ketidak-mampuan Wan Azizah dalam menyelesaikan pertindihan yang berlaku.

Secara tidak lansung, ianya sedikit sebanyak akan mencalarkan kredibiliti Wan Azizah sebagai Presiden PKR dan seterusnya memberikan laluan kepada Azmin untuk menjawat jawatan tersebut.

Bahkan, keengganan Azmin mengiktiraf kewujudan Pakatan Haprak tu di Selangor juga merupakan indikator yang cukup jelas mengenai situasi tersebut. Pun ianya dilakukan dengan sengaja.

Keadaan itu membuktikan bahawa Si Azmin ni semakin 'Ghairah' nak menjadi Perdana Menteri. Tapi, dia mesti singkirkan dulu pengaruh Wan Azizah dari dalam parti PKR tu sendiri.

Perkara itu perlu dilakukan sekiranya Si Azmin tu mahu merealisasikan cita - cita besarnya. Hanya dengan menjadi Presiden PKR sahaja yang boleh melayakkan dia menduduki kerusi PM.

Menyedari keadaan semasa, mungkin sebab tu kroni - kroni Wan Azizah sekarang ni tengah berkempen nak 'Sapu' Si Azmin dari dalam parti dengan pendedahan - pendedahan yang dilakukan.

Cuma persoalannya pada ketika ini, adakah usaha kroni Wan Azizah nak "BERSIHKAN" Si Azmin tu akan berjaya? Atau, mampukah kartel Azmin 'MEMBUNGKUS' Wan Azizah terlebih dahulu dan seterusnya merampas kerusi Presiden? Sama - sama kita tunggu!!!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.