Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA ADA PEMERINTAHAN ADENAN ? LA NI KERAJAAN SEMENTARA,KERAJAAN TAIB MAHMUD TAAAK ?

Pemerintahan Adenan lagi teruk dari Taib Mahmud
Larangan masuk Sarawak, pemerintahan Adenan lagi teruk
Nurul Izzah Anwar pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa pemerintahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem lebih teruk berbanding ketua menteri sebelumnya Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, ini berikutan larangan masuk yang dikenakan terhadap ramai pemimpin pembangkang‎ ke negeri itu.

‎"Pimpinan  PKR  terus menerus masih lagi dihalang masuk ke negeri Sarawak. Yang lebih serius, apabila kita melihat justifikasi dan rasionalnya lebih teruk jika dibandingkan dengan zaman Abdul Taib Mahmud.

"Kalau dahulu tidaklah sampai tahap menahan dua hari sebelum pilihan raya diadakan," katanya disidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Terdahulu, ‎semalam Nurul Izzah dilaporkan gagal memasuki Sarawak sejurus tiba di Lapangan Terbang Miri walaupun telah menulis surat kepada Adenan.

Dalam pada itu, katanya walaupun dihalang masuk pimpinan PKR akan meneruskan agenda membantu masyarakat di Sarawak.

"PKR masih konsisten dalam pembawa pembaharuan dalam hidup rakyat Sarawak.

"Kita harus faham sehingga kehari ini ramai yang harus harungi masalah iaitu terhadap akses air dan elektrik akibat 53 tahun pemerintahan BN di Sarawak," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.