Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUYOOOO MALAYSIA ADA KERETA API KARAN WEEEH !

Permaisuri Agong berangkat ke Perak guna ETS
Permaisuri Agong berangkat ke Perak guna ETS
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berada dalam koc tren ETS yang dinaiki baginda dari Stesen Keretapi KTM Kuala Lumpur ke Bagan Serai, Perak, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berangkat dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai, Perak menggunakan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

Seri Paduka berangkat dari Stesen Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi diiringi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad dan dijangka tiba di Stesen Bagan Serai pada pukul 1.30 tengah hari.

Eksekutif Komunikasi Korporat KTMB Nor Mas Tita Shoffri berkata ini merupakan julung kali Seri Paduka menaiki perkhidmatan ETS sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada tahun 2010.   

Beliau berkata, perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu memberi peluang kepada Seri Paduka untuk melihat pemandangan kawasan yang dilalui ETS.

Sementara itu, Kapten ETS Muhammad Rodi Mustapha, 39, berkata beliau berasa bertuah kerana terpilih memandu tren yang membawa Tuanku Hajah Haminah.

"Saya dipilih antara yang terpilih dan berterima kasih kepada pihak KTMB kerana memberi kepercayaan untuk memandu tren ini," katanya yang mempunyai pengalaman lebih 17 tahun memandu tren. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.