Tuan Ibrahim juga diarah pulang
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu
meninggalkan Sarawak, hari ini setelah kebenaran memasuki negeri itu
yang diperolehnya hanya sah sehingga 5 Mei. Perkara itu dimaklumkan Tuan Ibrahim melalui Facebooknya, baru-baru ini.
“Cadang untuk berada di Kuching sehingga 7 Mei tapi kelulusan hanya
diberi sehingga 5 Mei,” tulisnya sambil memuat naik sekeping gambar
salinan pas lawatan sosial yang dicop Jabatan Imigresen.
Tuan Ibrahim tiba di Sarawak pada 3 Mei lalu untuk membantu calon Pas berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemerintahan Adenan lagi teruk dari Taib Mahmud]
Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang lain turut menerima nasib
sama dan diarah meninggalkan Sarawak sebelum tarikh pengundian.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta meninggalkan Sarawak pada
hari ini selepas dibenarkan berada di Sarawak selama tujuh hari.
Manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta
meninggalkan Sarawak pada 2 Mei lalu dan tidak dibenarkan masuk semula
sehingga hari mengundi pada 7 Mei ini.
1 orang berkata:
Sarawak oh Sarawak. Masih tebal rupanya hutan di Sarawak.
Sayang Sarawak sungainya sempit. Sempit sungguh rupanya.
Post a Comment