Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mayat kedua

Mayat kedua mangsa nahas helikopter dijumpai
Mayat kedua mangsa nahas helikopter dijumpai
Mangsa kedua dijumpai pagi ini. - Foto Twitter Bomba

KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat seorang lelaki dipercayai mangsa nahas helikopter, 10km dari Pusat SAR di Lingga, kira-kira 250km dari sini, pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad mengesahkan mayat terbabit dijumpai pada jam 8.31 pagi.

"Mayat mangsa yang ditemui akan dibawa ke (satu) tempat...tapi tempatnya belum dipastikan lagi," katanya kepada pemberita, di sini.

Penemuan mayat itu, dipercayai mangsa kedua yang dijumpai selepas mayat mangsa pertama tragedi terbabit iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dijumpai di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, kira-kira 30km dari Lingga, tengah hari semalam.


Penumpang lain yang berada di dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah, Asmuni Abdullah.   

Anggota Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri turut menaiki helikopter yang dikemudi juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada jam 4.12 petang Khamis menghala ke Kuching sebelum terputus hubungan dan hilang dari radar.

Beberapa serpihan pesawat itu ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau semalam. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.