20 peratus keluar mengundi sehingga 10 pagi ini
Pengundi
beratur untuk menyemak tempat saluran mengundi bagi Dewan Undangan
Negeri N75 Senadin, di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Agama Miri,
hari ini. - Foto Bernama
KUCHING - Sebanyak 20 peratus daripada pemilih berdaftar di Sarawak
sudah keluar untuk mengundi bagi memilih wakil mereka pada pilihan raya
negeri ke-11 (PRN-11) hari ini, setakat jam 10 pagi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah berkata proses pengundian berjalan lancar pagi ini.
Antara yang sudahpun mengundi sehingga kini ialah Ketua Menteri Tan Sri
Adenan Satem di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang di kawasan Dun Satok
di sini.
Turut mengundi di tempat yang sama ialah Menteri Perumahan dan
Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, yang juga
calon Barisan Nasional (BN) bagi Dun Satok.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kemudiannya turut mengundi di tempat sama.
Selain itu, antara yang sudahpun mengundi sehingga 10 pagi ini ialah
Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian (calon BN Batu Kawah), calon
langsung BN Datuk Seri Wong Soon Koh (Bawang Assan), Datuk Tiong Thai
King (calon langsung BN Dun Dudong).
Datuk Janet Lau Ung Hie (calon langsung BN Dun Pelawan), Datuk Hii King
Chiong (calon langsung BN Dun Pujut) dan bekas presiden SUPP Tan Sri
Peter Chin Fah Kui.
Antara menteri persekutuan dari Sarawak yang telahpun mengundi pagi ini
ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. –
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment