Razif lega, syukur spekulasi terjawab
KUALA TERENGGANU - Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
kepadanya bagi meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu.
Selain percaya apa yang berlaku mempunyai hikmah dan pengajaran, Ahmad
Razif berkata, beliau bersyukur kerana segala spekulasi dan tanggapan
yang ada sepanjang minggu lalu kini terjawab dan mengajak semua
kepimpinan negeri terus bergerak dan bekerja untuk rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib: Ahmad Razif kekal MB Terengganu]
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Syukur...apa berlaku ada hikmah, pengajarannya’]
“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurnia-Nya
yang diberikan serta berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak di atas kepercayaan beliau yang diberikan kepada saya
serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang
melanda negeri ini sejak minggu lalu.
“Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu
telah pun terjawab hari ini (semalam) melalui pengumuman yang dibuat
Perdana Menteri. Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri
Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan
rakyat demi kesejahteraan semua,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment