Pas dah banyak rugi pertahan Husam
Razak Abas
RANTAU PANJANG - “Bagus juga pecat, kerana Pas dah rugi banyak kerana
pertahan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa,” kata Presiden Kelab
Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas, semalam.
Razak berkata, tidak ada baiknya mempertahankan Husam kerana kritikannya tidak pernah memberi kebaikan kepada Pas.
Menurutnya, kelab ini menyambut baik pemecatan Husam dalam Pas kerana ia akan menguatkan lagi kepimpinan Pas.
Lebih-lebih lagi katanya, pemecatan itulah yang dinanti-nantikan oleh
Husam selama ini, bukan hanya kerana mahu menyertai parti lain malah
terlepas daripada Baiah.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kelab, Datuk Adnan Mohd Zain
berkata, berkata, pihaknya menyifatkan tindakan Husam menangis dalam
Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kubang Kerian sebagai lakonan yang
melucukan.
Menurutnya, Husam menangis mungkin disebabkan terlalu gembira kerana dipecat dari Pas.
Ia katanya, tidak memberi maksud sedih semata-mata sebaliknya tangisan
juga menggambarkan seseorang berasa terlalu takut, malu atau sakit.
“Lakonan Adun Salor yang juga Yang Dipertua Pas Kubang Kerian itu tidak
memberi sebarang kesan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pas
Kawasan Kubang Kerian, semalam.
Dalam pada itu Adnan turut mengulangi gesaan agar Pengerusi Parti
Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
menyenaraikan nama adun yang didakwa akan menyertai Amanah sekiranya
bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat.
Menurutnya, senarai boleh dibuat biarpun tanpa surat pemecatan rasmi kerana itulah janji yang dibuat sebelum ini.
“Dulu tak cakap pun nak tunggu surat rasmi. Kami dah lama beri masa, maka sekaranglah masa untuk menunjukkan bukti,” katanya.
Sebelum ini, Husam lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan
Umno.
Selain itu, Husam turut didakwa menyarankan Abdul Hadi memberi laluan
kepada kepimpinan baharu yang boleh membawa perubahan kepada parti Islam
itu dan tanggungjawab itu diganti dengan Timbalan Presidennya, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man.
2 orang berkata:
PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.
Ambo setuju.. bukan kita sombong malah kita tak lupa segala jasa2 beliau kpd PAS selama ni.. tapi kalau dia dah tak serasi bersama PAS terutama kepimpinan, apakan daya kita..
Post a Comment