Mayat kedua ditemui 15km daripada mayat pertama
Mayat mangsa pertama ditemui semalam.
SRI AMAN - Mayat kedua nahas helikopter ditemui di tebing Sungai Batang
Lupar, pagi ini, kira-kira 15km daripada tempat mayat pertama dijumpai
semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata mayat
lelaki itu ditemui kira-kira jam 8.30 pagi tadi oleh pasukan mencari
dan menyelamat (SAR).
"Mayat itu ditemui kira-kira 10km daripada Pusat SAR Lingga, 49km dari bandar Sri Aman.
"Mayat mangsa telah dibawa menggunakan helikopter ke Hospital Umum
Sarawak, Kuching," kata Abdul Aziz kepada pemberita di pusat SAR
berkenaan.
Mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah
Kasnon dijumpai di tebing sungai itu, tengah hari semalam.
Selain Noriah, penumpang lain yang berada dalam helikopter tersebut
ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,
Datuk Dr Sundaran Annamalai dan suami Noriah iaitu Asmuni Abdullah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat kedua mangsa nahas helikopter dijumpai]
Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan pegawal
peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun menaiki helikopter yang dikemudi
juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong
pada jam 4.12 petang Khamis, menghala ke Kuching sebelum tragedi itu
berlaku.
Beberapa serpihan pesawat itu telah ditemui dekat Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, semalam.
Terdahulu operasi SAR bermula seawal 7.30 pagi tadi dengan kekuatan
empat buah bot bomba bergerak daripada pusat SAR itu, melakukan rondaan
di sepanjang perairan Batang Lupar.
Operasi SAR turut disertai enam bot Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), dua bot tentera dan sebuah bot polis.
Setakat 10 pagi, sejumlah 175 anggota SAR daripada pelbagai agensi
seperti polis, bomba, JPAM dan tentera terlibat dalam operasi itu.
–Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment