‘Apa salah Pas, Umno bersatu’
SHAH ALAM – “Sekiranya DAP dan MCA boleh bersatu (menentang RUU 355),
apa salah Pas dan Umno bersatu juga dalam isu yang sama, tegas Ketua
Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Beliau menyifatkan perkara itu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu
setelah dahulunya Umno menentang, tetapi kini turut bersama menyokong
pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 atau RUU Persendirian Akta Mahkamah
Syariah (bidang kuasa jenayah).
Nik Mohamad Abduh berkata, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) Islam telah sepakat untuk menyeru seluruh ahli parlimen Muslim
agar menyokong RUU355 ini.
“Ia adalah hari besar untuk Islam di Malaysia. Jika ada ahli parlimen
bukan Islam turut menyokong, maka ia adalah bonus besar buat penyatuan
dan kesejahteraan negara yang wajar dirayakan juga.
“Seperti saya tekankan di atas, sebagaimana Umno memerlukan masa untuk
memahami, MCA dan DAP lagi-lagilah memerlukan masa,” katanya menerusi
catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya, semalam.
Kenyataan itu berikutan tindakan MCA dan DAP yang dilihat bersatu hati
menentang RUU355 yang dijelaskan oleh Nik Mohamad Abduh bertujuan
memperkasakan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan
negara.
“Secara mudah, kedua-dua parti dominasi non Muslim itu mempunyai dua
matlamat yang sama iaitu memastikan berkembangnya arus sekular yang
menolak peranan ugama dalam politik negara dan keduanya, saling berebut
undi non Muslim.
“Dengan membesarkan isu pelaksanaan hukum hudud melalui RUU355 ini,
mereka cuba menggambarkan masa depan Malaysia yang gelap jika ianya
diluluskan,” ujarnya.
Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas DAP dan MCA pastinya akan
bersatu sekiranya melibatkan soal hak dan tuntutan golongan LGBT.
“Saya tidak fikir pula jika hak dan tuntutan golongan LGBT diterima
dalam negara, kedua-dua parti ini akan bersatu hati menentangnya.
“Dalam erti, memperkasakan perundangan Islam dalam negara adalah lebih
bahaya dan menggelapkan masa depan negara berbanding kehadiran LGBT yang
sedang berkembang menghancurkan dunia barat kini.
“Apa pun, saya memilih untuk melihatnya sebagai kejahilan yang perlu
dilunakkan dengan proses pemahaman yang menagih sedikit masa yang
lebih,” katanya.
Nik Mohamad Abduh berkata, pemerkasaan sistem Islam yang menyeluruh
dalam negara asalnya adalah perjuangan Pas yang tidak dikongsi oleh
mana-mana parti politik sebelum ini.
“Dalam sistem perundangan Islam yang diimplementasikan melalui mahkamah
syariah, titik-titik kelemahan adalah amat ketara. Pas sentiasa menyeru
kepada islah yang menyeluruh. RUU355 adalah sebahagian daripadanya.
“Tujuan adalah jelas. Ia agar mahkamah syariah menjadi sebahagian
daripada institusi dalam negara yang mendidik umat Islam agar hidup
berguna sebagai hamba Allah dan menjadi warga negara yang baik.
“Hukuman agama nilainya adalah pada keberkesanan dan kejayaan mendidik dan mencegah kejahatan,” katanya.
Beliau berkata, Pas sentiasa mencadangkan dialog dan perbincangan yang sejahtera dan terbuka.
2 orang berkata:
Samanlah Sarawak Report kalau itu fitnah. Bodoh apa!
chrome hearts
nike air huarache
hollister canada
adidas trainers
polo ralph lauren outlet
michael kors factory outlet
louis vuitton sunglasses
fitflops sale
coach outlet clearance
ralph lauren outlet
rolex watches,rolex replica watches,replica rolex watches,replica watches
ferragamo shoes sale
polo pas cher
cheap nfl jerseys
rolex outlet
nike air force 1
ugg outlet
true religion uk outlet
polo ralph lauren
fitflops sale
nike free run
kate spade uk
burberry sunglasses on sale
christian louboutin uk
michael kors wallet sale
hermes belt for sale
fitflops clearance
tiffany and co jewelry
louis vuitton outlet stores
jordan 11
ugg boots outlet
nhl jerseys
coach outlet
lululemon outlet
ugg sale
thomas sabo outlet
0812jianxiang
Post a Comment