Blok ketiga dikenali sebagai Gagasan Sejahtera
KUALA LUMPUR- Pas hari ini mengumumkan bahawa kerjasama politik parti
itu, bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) kini akan dikenali
sebagai Gagasan Sejahtera.
Mengumumkan perkara itu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata,perkara itu dipersetujui bersama antara Pas dan Ikatan dalam
mesyuarat bersama pada dua Ogos lalu, di ibu Pejabat Pas, Jalan Raja
Laut.
"Persefahaman politik ini menjadi satu gagasan baharu kepada lanskap
politik negara yang menawarkan suatu pilihan yang lebih mantap kepada
rakyat dengan menekankan kepada sebuah budaya berpolitik yang membawa
kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
"Justeru rakyat tidak perlu terikat dengan dua pilihan jalur politik
sedia ada yang mana satunya telah terbukti membawa budaya korup,
kronisme, nepotisme serta kegagalan menguruskan pentadbiran negara iaitu
Blok Umno/BN: dan satu lagi jalur politik yang menekankan budaya
politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta
tuli dalam kalangan rakyat," katanya dalam sidang medianya di Ibu
Pejabat Pas, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Hadi berkata, pendekatan Gagasan Sejahtera akan membawa budaya politik matang dan sejahtera.
"Kita akan memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan
kelompok...menyokong kebaikan berasaskan kebenaran, bukan berasaskan
pembinaan persepsi semata-mata.
"Politik damai dan Diplomasi serta politik berasaskan penyelesaian
bukan politik berasaskan permasalahan di mana objektif Gagasan Sejahtera
adalah membawa penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi
rakyat," katanya.
Oleh itu ujarnya, pendekatan budaya politik matang dan sejahtera ini
memberi pilihan kepada rakyat yang telah bosan dengan budaya politik
melampau sedia ada yang membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan
sosial dan ekonomi.
Terdahulu Pas dan Ikatan sebelum ini, menjalinkan kerjasama yang dikenali sebagai Blok Ketiga.
2 orang berkata:
Geli je ....gagasan berbagai.
Gagasan yang tiada wawasan. Guna Ikatan utk memudahkan duit umno masuk ke?
Rupa2nya PAN lebih berani dari Sarawak Report dalam membuat tuduhan fitnah terhadap PAS walaupun SR sudah keluar kenyataan yg lapuran itu hanya tanggapan meluas!
Patutlah TGHA pernah memberi bayangan sblm pemilihan muktamar 2015 bahawa ada dua (2) barisan utk dibuat pilihan bagi kepimpinan baru samada barisan ulamak sejati PAS ataupun barisan pro DAP (G18). Syukurlah kami telah membuat keputusan yg terbaik iaitu dgn menyingkirkan G18. Kini terbukti sudah kebenaran dakwaan TGHA.
We luv U TGHA!
Post a Comment