Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU TAK MOHON MA'AF SAMAN MALU

JIKA DIA MOHON MA'AF ATAS TUDUHAN KABUR MAKA DIA PUNYAI PENDIRIAN MURAHAN DAN TIADA STANDARD BERPOLITIK, KEDUDUKANNYA DALAN JAWATAN YANG DIA PANGKU TERJEJAS TERUK. DIA BERPENDIRIAN TIDAK MATANG DAN TIADA DAYA SEORANG PEMIMPIN.
 
APABILA POLIS MEMBERHENTIKAN SIASATAN ATAS KES YANG DIA DAKWA, ITU SUDAH CUKUP MEMALUKANNYA, KERANA TIDAK SELAYAKNYA SEORANG BAKAL PEMIMPIN BERSIKAP LEMAH DAN MERAPU APABILA MEMBUAT TUDUPAN PALSU TERHADAP ORANG YANG PERNAH BERJASA PADA NEGARA.
 
SIKAPNYA SUDAH CUKUP MEMALUKAN TERHADAP PARTI YANG DISERTAINYA, DAN PARTINYA JUGA PATUT MERASA MALU ATAS SIKAPNYA - Pak Karamu
 
 
 
Desak Khairul Azwan segera mohon maaf
Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun

SHAH ALAM – Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun didesak membuat permohonan maaf terhadap tiga individu yang dinamakan dalam laporan polisnya, sebelum ini.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris turut membuat desakan agar polis menyiasat motif sebenar laporan itu dibuat Khairul Azwan.

“Mudah benar kita membuat andaian dan akhirnya ia telah memberi persepsi buruk terhadap kredibiliti ketiga-tiga individu yang terlibat sedangkan jasa mereka pada negara amatlah besar.

“Kami juga mendesak Khairul Azwan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga individu ini kerana reputasi mereka sebagai pegawai tinggi kerajaan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Khairul Azwan yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Pada 26 Julai lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat konspirasi tersebut.

Dalam pada itu, Perkasa turut melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Khalid dan mempertikaikan keputusan menutup siasatan kes tersebut.

“Mengapa begitu mudah kes ini ditutup? Menurut dakwaan Khairul Azwan pada kenyataan lepas, dia mendakwa terdapat satu penyaluran maklumat ke agensi luar termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Tambahan lagi ada beberapa dokumen dipalsukan demi kepentingan individu yang terlibat. Setiap laporan polis dibuat perlu disertakan dengan alasan yang kukuh serta bukti.

“Tindakan Khairul Azwan ini telah mengaibkan nama baik ketiga-tiga individu yang terbabit. Mereka adalah bekas kakitangan tinggi kerajaan yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara. Di mana relevannya tindakan dia?,” katanya.

Perkasa menyifatkan tindakan Khairul Azwan itu menimbulkan tanda tanya dan memalukan semua pihak.

“Dakwaan yang dibuat amat serius kerana ia melibatkan keselamatan dan imej pegawai tinggi kerajaan.

“Pada mulanya dia mendakwa bahawa laporan polis ini dibuat atas pendirian Pemuda Umno, namun selepas beberapa hari laporan dibuat Ketua Pemuda Umno sendiri tidak menyokong tindakan Khairul Azwan Harun ini,” katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.