Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEKALAHAN BN DAH MULA TERBAYANG


Jangan 'syok sendiri' kemenangan BN
Zahid
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

BANDAR KUALA KANGSAR - Ahli Umno dan BN diingatkan supaya tidak terbuai dengan kemenangan dicapai dalam PRK Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun lepas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli dinasihatkan supaya tidak menganggap kemenangan itu akan berterusan sehingga PRU14 nanti.

Menurutnya, landskap politik dalam PRK dan PRU banyak berbeza dan kemenangan kali ini tidak menjamin kemenangan dalam PRU yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Tambah beliau, usaha menempa kejayaan sukar namun mempertahankannya lebih sukar dan beliau meminta semua ahli untuk terus bersatu bagi memastikan kemenangan BN.

"Kerusi Kuala Kangsar ini kita punya. Saya mahu ahli kekalkan momentum kerana PRU tidak lama lagi, maksima dalam dua tahun dan mungki dalam setahun lebih sahaja lagi.

"Lazimnya kita berdaya tahan bila ujian datang namun kita sering tenggelam bila ALLAH beri kita nikmat. Jangan terbuai dengan kejayaan ini.

"Saya yakin dengan pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kita akan menempa kejayaan dalam PRU kerana beliau bekerja dengan ikhlasa, tiada banyak masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Umno/Barisan Nasional Negeri Perak 2016 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jentera BN di Kuala Kangsar supaya memperkemaskan barisan mereka kerana bantuan diterima dalam PRU tidak sehebat ketika mereka menghadapi PRK.

Tegasnya, mereka harus bekerja sendiri dalam PRU dan beliau berharap tiada lagi ahli merajuk sehingga mampu menggugat keharmonian parti.

"Saya fikir zaman merajuk itu perlulah ditamatkan. Merajuk kerana sayang tetapi saya rasa cukuplah. Marilah kita rapatkan semula barisan.

"Apabila kita terlajak menang, kita sedang hadapi ujian iaitu nikmat yang ALLAH beri kepada kita," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan keyakinan terhadap Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Adun Manong, Mohamad Kamil Shafie.

"Saya akan tengok prestasi YB Kamil dan YB Maslin, saya akan tentukan KPI nya. Sebagai anak Perak, jangan malukan negeri ini.

"Tetapi saya ada keyakinan terhadap kedua-dua tokoh muda ini dengan syarat ada dokongan untuk mereka dari peringkat akar umbi," tegasnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.