Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI YANG DAH GUGUQ CARA SUNYI !!! PASAI CARI MAKAN


Keahlian Umno gugur jika sertai parti lain
Ahmad Bashah
Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (dua, kanan) beramah mesra dengan hadirin yang hadir pada Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, hari ini. - Foto Bernama

JITRA - Keahlian anggota Umno Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perkara tersebut berlandaskan perlembagaan Umno yang anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza.

Justeru beliau berkata program pemutihan akan dilakukan pihaknya, bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain Umno.

"Program pemutihan tersebut bukan hanya tertumpu pada bahagian Jerlun sahaja tetapi di semua bahagian di negeri ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata anggota Umno yang mempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu.

"Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta," katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah turut meminta anggota Umno memandang ke hadapan dengan membantu parti itu memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negeri ini terhadap Umno.

"Buang yang keruh dan kita ambil yang jernih kerana yang keruh itu akan merosakkan masa depan parti. Perkara yang remeh kita tolak, demi kemajuan parti dalam mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan pembangkang," katanya.

Ahmad Bashah berkata, kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana wujudnya parti baharu namum Umno telah bersedia untuk menghadapinya.

Katanya, ini kerana rakyat dapat menilai dengan jelas kekuatan sesebuah parti baharu yang akhirnya kecundang dan ahli parti baharu itu akan kembali kepada Umno dan BN. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.