Bebas Anwar jika ingin henti kezaliman
SUNGAI BULOH - Rakyat negara ini seharusnya membantu membebaskan bekas
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mahukan negara
ini tidak lagi diikat dengan kezaliman.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, sebelum ini, parti pembangkang
dilihat terlalu taksub dengan misi Putrajaya sehingga tidak melawan
bersungguh-sungguh ketika Anwar dijatuhkan hukuman penjara.
"Ramai orang cakap kenapa pembangkang tidak mengambil kesempatan ketika
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan lemah.
"Jawapannya mudah kerana rakyat masih mencari orang yang ingin memimpin mereka.
"Kalau kita nak bebaskan Malaysia, kita kena tebus salah kita dahulu di
mana pada waktu Anwar dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini,sepatutnya
200,000 orang turun ke jalanan," katanya ketika Perhimpunan Ulang Tahun
Anwar Ibrahim yang diadakan di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai
Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan
sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful
Bukhari Azlan, pada 2008.
2 orang berkata:
Daulatkan Islam Agama negara.
Daulatkan Islam Agama negara.
Post a Comment