AS berhak ambil tindakan dalam isu wang haram
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata,
bahawa Amerika Syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang
sekiranya berlaku jenayah pembersihan wang haram (money laundering) di
negara berkenaan.
Menurut beliau, pembersihan wang haram sudah ditakrifkan sebagai
jenayah di kebanyakkan negara kerana pendapatan hasil daripada mencuri
dan perdagangan dadah sering di bawa masuk ke negara lain untuk
dibelanja.
“Kemasukan wang ke mana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa
untuk menentukan punca wang itu dan jika ia halal sekali pun, cukai
pendapatan perlu dibayar.
“Jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, ia mungkin
dicuri atau berpunca daripada perdagangan haram dan ia akan dirampas
oleh pegawai negara berkenaan,”katanya menerusi blognya, hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa berbilion wang telah
dibelanjakan, Riza Aziz dan ahli perniagaan, Jho Low dengan menggunakan
bank Amerika Syarikat untuk membiayai pembelian hartanah, lukisan di
Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem Wolf of Wall Street.
Mahathir berkata, oleh kerana wang haram dibawa masuk dan dibelanjakan
dengan menggunakan bank Amerika, maka ianya melanggar undang-undang di
negara itu.
“Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang, seperti Malaysia
juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang
melakukan jenayah di sini.
“Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari perundangan mana-mana negara,” katanya.
Ujar beliau, bagi menggelakkan barangan dibeli dengan wang haram itu
dihilangkan, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mengambil tindakan
sivil untuk merampasnya.
“Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah,” katanya.
Tambahnya, duit haram yang banyak tidak boleh disembunyikan dan diurus
tanpa diketahui oleh pihak lain serta catatan di dalam buku atau
dokumen.
“Jika disimpan di Malaysia pun, akhirnya akan diketahui orang juga. Yang haram tetap haram.
“Wang tunai mungkin Raja tapi ia juga satu belenggu yang boleh meruntun pemiliknya sehingga jatuh tersungkur,” katanya.
1 orang berkata:
Wang haram pun tak tau? Money laundry pun taktau? Mmg sah bangang.
90juta tu mesti dianggap wang halal.
Post a Comment