Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH AKAN DIBENTANG KAT PARLIMEN BARU BANYAK SONGEH ?

 BIAR PARLIMEN TENTUKAN DAHULU, KEMUDIAN BAGI PADA RAJA DAN BUAT KEPUTUSAN AKHIR, SETAKAT NAK LAYAN WAHABI TAK PAYAH LA
BUANG MASA

-Pak karamu-
 
 
Cadang muzakarah bincang RUU 355
RUU355

KUALA TERENGGANU – Sekretariat Majlis Fatwa Kebangsaan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dicadang mengatur Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi mengelak kekeliruan berhubung usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Amzad Hashim berkata, kebanyakan mufti-mufti negeri memberi sokongan terhadap pindaan tersebut, namun pro penentang RUU 355 telah berkongsi dan menyebarluaskan pandangan negatif mengenai perkara itu melalui pandangan dibuat segelintir mufti negeri lain.

“Satu-satunya mufti yang memberi isyarat negatif  berhubung usul pindaan Akta 355 hanyalah Mufti Perlis. Kerana beliau seorang, pandangan beliau disebar seluas-luasnya oleh media pro penentang RUU 355 sehingga seolah-olah menidakkan pendirian mufti-mufti negeri lain dan juga mufti wilayah.

“Kekeliruan disebarluaskan dan tindakan demi maslahah (kepentingan) awam khususnya umat Islam wajar diambil bagi membendung kekeliruan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, sekretariat tersebut perlu mengambil tindakan segera mengatur salah satu dari dua mesyuarat tersebut sama ada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang boleh dilangsungkan dengan perintah Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong ataupun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang boleh dibuat daripada masa ke semasa tanpa perintah Majlis Raja-Raja.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Terengganu berkata, penyelarasan ini akan memberi nilai kepada pandangan mufti-mufti mengatasi nilaian subjektif yang berdasarkan persepsi.

“Ia juga boleh berlangsung tanpa tekanan masa dan perhatian orang dengan mengutamakan aspek ilmiah dan memberi ruang input dari kalangan pakar-pakar berkaitan.

“Ia boleh menjernihkan pemikiran umat Islam selain boleh memberi pedoman kepada ahli-ahli parlimen yang beragama Islam dalam menentukan sikap berhubung RUU 355,” katanya.

Amzad menegaskan usul RUU 355 yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada titah pembukaan Sidang Dewan Rakyat tahun lalu yang menitahkan agar mahkamah syariah diperkasa.

Jelasnya, usul tersebut mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak sehingga kemuncaknya pada Himpunan 355 (H355) di Padang Merbok, 18 Februari lalu.

16 orang berkata:

Anonymous said...

pas pun org komplen wahabi gak sebelum ni..ulamak2 pondok bising nasehat pas tentang akidah yg ada syubhat,selari ngan wahabi sebelum ni..pas tuduh pulak ulamak pondok tu makan rasuah umno..
itu bab akidah tu..bab feqah pun selari juga bunyi wahabi sebelum ni..sambut maulid kata sama mcm kristian la ape la,sambut besday sendiri ok...bahkan lagi wahabi dari wahabi..kawan ngan kafir jadi kafir pas kata dulu hehe..sokong umno kafir hehehe..doa kehancuran sesama sedara secara diadakan majlis khalayak ramai..ape yg x samanya ngan wahabi kalo akidah dan feqah bunyi selari?hehe bahkan lagi teruk nampak kat feqah..
ko biar betoi..jgn la pasal politik ko main cakap je walhal org ramai tau ulamak pengajian pondok pernah bising nasehat pas tentang akidah..
yg clear dgn jelas ahlisunnahwaljamaah dalam pas ialah tuan guru harun din..mungkin terlalu banyak lagi ahlisunnah dalam pas cumanya kalo bising2 pasal wahabi t wahabi lari x nak sokong n undi pas n wahabi yg dalam pas kecik ati lak hehe..kalo ngaji tauhid 3 tu wahabi la tu dol..ke ko pun x paham..kalo mcm bagus2 komplen ulamak salaf kata pengajian akidah sifat 20 tu begini la begitu la tapi dia sendiri ngaji tauhid 3 tu wahabi la tu dol..

Anonymous said...

Kalau ikut sunnah nabi tu salah ker?? Kan wahabi ikut sunnah nabi...

Anonymous said...

Mazhab syafie kata muzik tu haram. Kenapa kita yg bermazhab syafie suka dengar muzik/

Anonymous said...

jgn la ikut sembang n sondol kalo tahap main agak2 hehe..tahap agak2 je ko gian nak nyampuk,tahap agak2 je ko gian nak nyampuk..padahal ko agak2 je..ko bagi tahkik putus dulu la ape itu akidah ahlusunnah dan akidah wahabi,akidah mana yg tanzih sekaligus sanadnya bersambung sampai nabi saw dlu baru ko nyampuk la..bab akidah ko kene tahkik bukan ikut nyampuk mcm sembang hal politik umno pas pkr dap semua..sikit hagak pun xda..hehe

Anonymous said...

imam syafie tu imam feqah la bongok..dia imam feqah yg berakidah tanzih..ko tersasul kat feqah ko masih ok insyaAllah..tapi kalo ko tersasul kat akidah masak hidup ko anak beranak pakai akidah ada syubhat..ko kene rujuk imam aqidah la..sape imam akidah kita,ko tau x?imam syafie tu imam feqah..ha kalo x tau sape imam akidah kita ko jgn sondol2 la..padahal akidah itu perkara pokok dalam hidup tu,ko ingat bab akidah ialah mcm sembang bab umno pas pkr dap ke?hehe

Anonymous said...

Uihhhh...tanya pun kena maki?

Anonymous said...

Imam hambali, imam hanafi, imam maliki tu imam akidah ker bukan? Habis tu kira mcm mana tu?

Anonymous said...

Rujuk kitab Syafie. Walaupun kita mazhab Syafie, tapi byk sangat pandangan Syafie yg kita tak ikut. Kita ikut pandangan mazhab lain pulak. Campur2 mana boleh..

Anonymous said...

hadoi lantak la hehe..mazhab feqah utk rujukan ahlisunnah ada 4 mazhab kita memilih syafie..kalo ko duk india mungkin ko ikut salah 1 yg lain dari 4 tu..xda masalah pun..janji dari 4 tu..dan pelengkap dia ko kene ada akidah tanzih seperti imam2 feqah ni tadi..imam2 ni ajar feqah mereka x ajar secara detail tentang akidah..jadi mereka ialah imam feqah..imam akidah kene rujuk imam akidah la..xkan semumut hidup korang x pernah tau yg wujudnya mazhab/imam dalam aqidah juga mcm mazhab/imam dalam feqah tu?kalo ko pilih salah 1 dari 4 tu dah betul xda masalah ikut tempat yg ko duduk la pilih mana..cuma kalo mazhab akidah yg ko pilih tu ada akidah yg ada syubhat, ko tetap x dipanggil ahlussunnah walau ko ikut mazhab feqah salah 1 dari 4 tu..faham?kunci dia ada kat mazhab akidah tadi..aqidah mana yg ko pilih..lepas tu baru ko pilih salah 1 dari 4 tu untuk rujukan feqah dalam hidup..selepas 2 di atas baru ko cari imam muktabar dalam bab teasauf..biasanya wahabi tolak tesauf..salah 1 tanda..tapi randa besar ada kat mazhab akidah tu tadi..
faham dah?kalo x faham cari cekgu la..jgn sembang banyak sangat pasal pas umno pkr la..geli la hehe

Anonymous said...

Errr...tumpang tanye...imam akidah ada berapa ye...tlg ...skali dgn nama imam

Anonymous said...

imam abu hasan asyari dan imam abu mansur maturidi,mereka berdua dari zaman salafusoleh dan mereka berdua lahir dari zaman 3 kurun terbaik islam,2 kurun selepas kurun nabi saw..moyang imam abu hasan asyaari ialah sahabat besar kepada nabi saw iaitu saidina abu musa asyari..sanadnya akidah imam abuhasan asyari dan abu mansur maturidi bersambung sampai nabi saw..ini la imam rujukan akidah ahlusunah waljamaah yg mana mereka ini telah merumus akidah tanzih secara detail untuk nembentengi akidah org ramai waktu tu, ketika zaman mazhab akidah banyak muncul, celaru,dan mengelirukan..dan ramai org telah terkeluar jalur dari akidah tanzih ketika tu..ketika zaman munculnya mazhab akidah muktazilah,mazhab akidah jabariah, mazhab akidah qadariah dsbgnya..akidah wahabi/salafi pula baru muncul kemudian pada hampir kurun ke 7..jauh dari kurun terbaik salafusoleh..

semua ahlisunnah waljamaah wajib pegang 3 tunggak rukun agama tak boleh tinggal salah 1 nya..
1-akidah
2-feqah
3-tesauf
dan rujukan imam muktabar bersanad kita untuk 3 rukun agama tu ialah-
1-akidah-imam abu hasan asyari,imam abu mansur maturidi(akidah tanzih)
2-feqah-imam hambali,imam syafie,imam maliki,imam hanafi
3-tesauf-imam ghazali,imam junaid albaghdadi.
semoga perkongsian ini dapat membantu dan bermanafaat insyaAllah..
(dah tentu la imam akidah rujukan wahabi x sama dengan imam akidah rujukan ahlusunnah..sorang pada hujung kurun ke 2(kurun terbaik)..
sorang pada hujung kurun ke 6...)

Anonymous said...

*membentengi

Unknown said...

coach factory outlet
mont blanc pens
toms shoes
polo ralph lauren
adidas yeezy boost 350 v2
converse shoes
nike cortez
fitflops
kobe bryant shoes
toms outlet
20174.15wengdongdong

Surwanto said...

Assalamu alaikum Nama saya Surwanto seorang TKW dari MALAYSIA ,memohon maaf yang ada di room ini bila kata2 saya ada yang salah,namun tujuan saya di sini hanya ingin berbagi cerita kepada para rekan2 saya yang jadi tkw di negeri orang, hidup di negeri orang memang amatlah susah,gaji pas2an,makan'pun ala kadarnya,namun apa boleh buat demi mencukupi kebutuhan keluarga yg ada di kampung,mau tidak mau saya harus menjalani semua penderitaan itu,namun syukur alhamdulillah berkat kerja keras dan doa saya slama ini alhamdulilah allah sudah memberi jalan kesuksesan sama saya,meskipun jalan ini di larang oleh agama tp mungkin inilah satu2nya jalan untuk merubah nasib hidup saya,secara kbetulan saya lihat di internet tentang seseorang yg bisa mengubah nasib Menjadi lebih baik dengan jalan pemasangan angka togel, dan juga bisa Melalui Dana ghoib ..... saya beranikn diri menempuh jalan itu dan ternyata apa yg di berikan oleh MBAH KASSENG betul-betul terbukti dan saya menang 344jt,saya sangat bersyukur atas rezeki yg sy daptkan itu,ini bukan hanya sekedar cerita tp ini kenyataan.Jadi bagi saudara2 saya yg masih jd tkw ataupun yg lagi dalam kesulitan jangan takut menghubungi beliau Di 0853-4288-2547/ +628-5342-882-547 krna sy sudah membuktikannya,wassalam

Unknown said...

zzzzz2018.7.7
tods shoes
nfl jerseys
pandora
canada goose uk
pandora charms outlet
ugg boots clearance
ray ban eyeglasses
coach outlet
oakley sunglasses
red bottom shoes

5689 said...

zzzzz2018.8.15
yeezy
adidas superstar
nike air max 90
ugg boots on sale 70% off
tods shoes
ugg boots
louboutin shoes
moncler jackets
ralph lauren uk
christian louboutin outlet

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.