Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DUA LAGI MASIH BERSEMBUNYI DI KEDUTAAN KOREA UTARA

Dua individu berlindung di Kedutaan Korea Utara
khalid abu bakar
khalid abu bakar
 
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dua warga Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam masih berada di dalam premis kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menerusi WhatsApp kepada Bernama News Channel (BNC) berkata dua individu itu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37.

Ditanya mengapa pihak polis tidak memasuki kedutaan bagi menahan kedua-dua individu berkenaan, beliau berkata setiausaha berkenaan mempunyai imuniti terhadap dirinya manakala waran tangkap ke atas Uk-il telah dikeluarkan minggu lepas.

"PDRM harus menghormati Konvensyen Vienna di mana perkarangan kedutaan yang dilindungi kekebalan diplomatik tidak boleh diceroboh," katanya.

Mengenai empat suspek yang meninggalkan negara ini sebaik berlaku kejadian Jong-nam diracun, beliau berkata: "Setakat ini tiada perkembangan lanjut diterima daripada Interpol".

Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport atas nama Kim Chol meninggal dunia selepas mukanya disapu dengan bahan kimia Agen Saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Dua wanita warga asing telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu berhubung kes itu.

Seorang daripadanya dikenali sebagai Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan seorang lagi yang dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, wanita warga Vietnam.

Mereka bersama empat orang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2.

Sementara itu Khalid enggan mengulas berhubung laporan media asing yang menyebut pihak berkuasa Jepun memberikan data cap jari kepada PDRM bagi mengesahkan identiti Kim Chol sebagai Kim Jong Nam.

"Saya cuma akan ulas jika berita ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa rasmi Jepun," katanya.

Laporan tersebut menyebut pihak kerajaan Jepun menyediakan maklumat cap jari dan beberapa data lain kepada Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan Jepun berkata maklumat cap jari berkenaan diperoleh pihak berkuasa imigresen Jepun apabila Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2001 ketika dia cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu. –Bernama 

4 orang berkata:

Anonymous said...

Dedak rm90juta yg disalurkan melalui akaun Affin dipercayai disembunyikan di rumah hadi.

Anonymous said...

kahkahkah..walaun2 PA$ kesipuan.

Anonymous said...

Hantar lebai dol gi Tehran bincang baik2 dgn Ayahtula Syiah, gerenti ini masalah bole setel punya.

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.